Friday, October 25, 2013

Antara Amalan -amalan Hari Jumaat.

Antara amalan-amalan terbaik di hari Jumaat
Ustaz Zainudin Hashim
Setiap insan bernama Islam, sama ada lelaki ataupun perempuan, perlu berusaha meningkatkan diri dengan pelbagai amal ibadat yang boleh mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Ini kerana masing-masing mahukan diri mereka mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah sebagai hamba-Nya yang taat dengan melakukan segala titah perintah-Nya dan meninggalkan segala tegahan dan larangan-Nya dengan penuh rasa rendah diri dan berserah diri kepada-Nya.
Justeru, mengetahui kaedah terbaik bagi tujuan di atas, adalah sesuatu yang amat digalakkan, agar setiap muslim/muslimah mencapai status hamba Allah yang diterima di sisi-Nya, antara kaedah berkenaan yang perlu diberi perhatian adalah seperti berikut :

� Melakukan solat lima waktu dengan baik (sama ada dari sudut pada awal waktu pelaksanaannya, kaifiat serta tata-cara bagi menjamin penerimaannya).

� Mengetahui sedalam-dalamnya bahawa meninggalkan solat dengan sengaja boleh membawa kepada kekufuran, kerana ia adalah tiang agama dan perkara pertama yang akan ditanya oleh Allah di akhirat kelak.

� Melaksanakan seluruh hukum-hukum syariat Islam, bagi kaum muslimah, memakai hijab, kerana ia adalah arahan Allah dalam al-Quran, membaca al-Quran dengan memahami isi kandungannya.

� Mengkaji secara mendalam serta mentelaah sirah Nabi Muhammad s.a.w, sirah para sahabat Nabi, bagi muslimah, perlu memilih serta bercampur wanita-wanita solehah bagi menjamin pegangan dan akidah mereka.

� Sentiasa melakukan muhasabah diri, khususnya memerhatikan persiapan buat hari esok di akhirat dengan amalan, sumbangan kepada agama, perkara-perkara kebajikan buat umat Islam, menjauhi perkara yang menjadi kemurkaan Allah dan sebagainya.

� Perbanyakkan program kebaikan yang membawa ketaatan kepada Allah dan banyak berdoa kepada Allah agar diri diberi petunjuk ke jalan kebenaran dengan tetap dan cekal terhadapnya.
Apakah amalan terbaik untuk dilakukan pada hari Jumaat?
Pada subuh hari Jumaat, maka setiap muslim digalakkan mandi, kemudian memakai pakaian yang berwarna putih kerana pakaian putih lebih disukai Allah. Pakailah minyak wangi yang diharuskan dan berhiaslah dengan memotong rambut, mencukur misai, memotong kuku dan menggosok gigi.
Sesudah itu bersegeralah ke masjid. Sabda Rasulullah s.a.w.: ” Sesiapa yang masuk dahulu ke dalam masjid pada hari Jumaat untuk sembahyang Jumaat, maka seolah-olah dia sudah berkorban dengan seekor unta dan orang yang masuk pada waktu yang kedua berkorban dengan seekor lembu dan yang masuk pada waktu ketiga maka seolah-olah dia berkorban dengan seekor kambing dan siapa yang masuk ke masjid pada waktu keempat maka seolah-olah ia berkorban dengan seekor ayam, dan orang yang masuk waktu kelima maka seolah-olah dia berkorban dengan sebutir telor. Maka apabila naik imam ke atas mimbar ditutupnya buku catatan dan diletakanlah pena oleh malaikat dan mereka berkumpul dekat mimbar mendengar khutbah.”
Kemudian apabila seseorang memasuki masjid, maka ambillah saf pertama dan apabila saf itu sudah penuh ambillah tempat yang kosong dan jangan melangkahi bahu orang lain serta jangan lalu di hadapan orang sedang sembahyang.
Pernahkah kita terfikir bagaimana baginda Rasulullah s.a.w dalam solat fardu Subuh menggabungkan pembacaan surah as-Sajadah (32) pada rakaat pertama dan surah al-Insan (76) pada rakaat kedua.
Ini kerana kedua-dua surah tersebut mengandungi bahan motivasi dari sudut misi kemanusiaan, daripada isu berkenaan penciptaan awal manusia yang dicipta daripada air mani yang busuk hinggalah perhimpunan manusia pada hari qiamat di padang Mahsyar, iaitu satu masa di mana mereka sedang menunggu giliran untuk diperhitungkan amalan-amalan mereka.
Ia tidak terhenti setakat itu sahaja, malah ia mengajar manusia untuk mendapatkan kehidupan yang sempurna di dunia dan akhirat, ia Allah SWT aan menganjari mereka yang melakukan perkara terbaik dalam hidup mereka dan membalas dengan azab bagi mereka yang melakukan perkara yang bercanggah dengan perintah dan arahan-Nya.
Solat Sunat dan Bacaan Surah Pilihan
Muslim digalakkan setibanya di masjid untuk melaksanakan sembahyang tahiyatul masjid. Dalam sebuah hadis dinayatakan: “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang itu tidak akan mati sebelum ia melihat tempat di syurga.”
Jangan tingggalkan sembahyang tahiyatul masjid sekalipun imam sedang berkhutbah. Di Dalam sunnah dinyatakan bahawa sangat baik jika membaca dalam keempat-empat rakaat sembahyang itu dengan surah Al-Anaam, Al-Kahfi atau Yasin.
Jika tidak mampu maka bacalah Surah Yasin atau Surah ad-Dukhan atau Alif Lam As-Sajdah atau surah Al-Mulk tetapi jangan sampai tidak membaca surah-surah itu pada malam Jumaat, kerana di dalamnya terdapat beberapa kelebihan.
Hendaklah sedapat mungkin memperbanyakkan membaca surah al-Ikhlas dan selawat ke atas Nabi. Apabila Imam naik ke mimbar hentikanlah sembahyang sunat dan juga berkata-kata (bagi mereka yang datang awal), jawablah seruan muazzin kemudian perhatikan khutbahnya.
Apabila selesai dari sembahyang Jumaat, maka bacalah Al-Fatihah 7 kali sebelum berkata-kata dan surah Al-Ikhlas, Surah Ma’uzatain (Surah Al-Falak dan An-Nas) amalan sebanyak 7 kali (Lihat Kitab Sirussalikin Jil 1 – 2. m.s 82).
Hal itu dapat memelihara diri seseorang muslim dari satu Jumaat hingga Jumaat akan datang dan memeliharanya dari syaitan.
Kemudian beradalah di masjid hingga waktu Asar atau sampai Maghrib dan hendaklah memperelokkan dalam beribadah pada waktu yang baik iaitu sepanjang hari Jumaat (jika bercuti pada hari itu), justeru, hari Jumaat adalah digalakkan kita agar tidak bekerja supaya dapat melakukan sunnah-sunnah Rasulullah .s.aw yang tidak ada janji-janji yang lebih manis pada hari-hari yang lain.

Inilah kejayaan musuh Islam yang mengalihkan pandangan umat dari banyak beribadat pada hari Jumaat digantikan pada hari lain, sedangkan hari kebesaran mereka pada hari Ahad dapat disempurnakan dengan pergi ke gereja dengan selesa dan sempurna, kerana pada hari itu mereka bercuti dan berehat bersama keluarga.

Tuesday, October 8, 2013

Kelebihan 10 hari pertama Zulhijjah

Kelebihan 10 Hari-hari Pertama Zulhijjah
Posted on 3 Disember 2007 by Ustaz Halim
Ramai dari kita yang telah maklum kelebihan 10 Malam-malam Terakhir Ramadhan. Tetapi adakah ramai dikalangan umat kita yang maklum kelebihan 10 Hari-hari Pertama dalam bulan Zulhijjah? Imam al Bukhari Rahimahullah meriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda, Tiada suatu hari pun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari ini – iaitu 10 hari Zulhijjah. Para sahabat baginda bertanya, ‘Tidak juga Jihad pada jalan Allah (mengatasi kelebihan Hari-hari tersebut)? Ujar Baginda, Tidak juga Jihad di jalan Allah kecuali seorang yang keluar dengan jiwa raga dan hartanya dan tidak membawa pulang apa-apa pun (kerana habis disumbangkan untuk memenangkan agama Allah).
Imam Ahmad r.a. dari Ibnu Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Tiada suatu haripun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari 10 Zulhijjah ini, oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah), takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdu Lillah).
Ibnu Hibban di dam kitab Sahihnya meriwayatkan dari Jabir r.a. bahawa baginda s.a.w bersabda, “Seutama-utama hari adalah hari Arafah”.
Amalan yang dianjurkan padanya
1. Menunaikan ibadah haji dan umrah yang merupakan sebaik-baik amalan. Banyak hadis menyatakan kelebihan ibadah ini di antaranya : Sabda Nabi s.a.w.: “Satu umrah ke umrah yang lain menghapuskan (dosa) yang dilakukan di antara keduanya dan haji yang baik (diterima) tiada baginya balasan melainkan syurga”.
2. Berpuasa pada hari-hari tersebut atau sekadar kemampuannya – terutamanya pada hari Arafah. Tidak dinafikan bahawa puasa adalah di antara amalan yang terbaik dan ia adalah pilihan Allah seperti yang dinyatakan di dalam sebuah hadis qudsi, “Puasa itu adalah bagiKu dan Akulah yang membalasinya, dia meninggalkan keinginan nafsunya, makanan dan minumannya semata-mata keranaKu”.
Imam Muslim meriwayatkan dari Abi Qatadah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, Puasa pada hari Arafah, saya mengharap Allah akan menghapuskan (dosa) setahun yang lalu dan setahun yang mendatang.
3. Takbir (Allahu Akbar) dan berzikir padanya, firman Allah s.w.t yang bermaksud, (Dan supaya mereka menyebut nama Allah pada beberapa hari yang termaklum), hari-hari tersebut dijelaskan sebagai 10 hari di bulan Zulhijjah. Sebab itulah para ulama menyarankan supaya diperbanyakkan berzikir pada hari-hari tersebut sebagaimana mafhum hadis Ibnu Umar r.a. yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, di antaranya, “Oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah), takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdulillah)”.
4. Bertaubat dan meninggalkan segala maksiat dan dosa, semoga dengan amalan baik dapat mencapai keampunan dan rahmat Allah. Ini kerana maksiat adalah punca kepada jauh dan terhindarnya seorang hamba dari rahmat Allah manakala ketaatan pula adalah punca dekat dan kasihnya Allah kepadanya.
5. Memperbanyakkan amalan soleh terutama amalan sunat tambahan seperti solat sunat, berjihad, membaca al-Quran, menyeru kepada kebaikan, mencegah kemungkaran dan seumpamanya kerana semuanya akan digandakan pada hari-hari tersebut.
Amalan yang dikerjakan ketika itu walaupun kecil tetapi ia lebih disukai oleh Allah dibandingkan pada hari-hari lain. Begitu juga amalan yang besar seperti berjihad di jalan Allah yang dikategorikan di antara amalan yang terbaik, tidaklah mendapat kehebatan pahala pada hari-hari itu melainkan apabila kuda (kenderaan) yang ditungganginya terbunuh (binasa) dan darahnya keluar (dia cedera atau mati syahid).
6. Disyariatkan bertakbir pada beberapa hari yang mulia itu pada waktu siang atau malam terutama selepas menunaikan fardu solat lima waktu yang dikerjakan secara berjemaah.
Bagi mereka yang tidak menunaikan ibadah haji, takbir bermula dari waktu subuh hari Arafah (9 Zulhijjah) dan bagi yang menunaikannya takbir bermula pada waktu Zuhur hari raya haji (10 Zulhijjah), semuanya berakhir sehingga waktu Asar pada hari ke-13 Zulhijjah.
7. Disyariatkan amalan korban (menyembelih haiwan ternakan) pada hari raya haji dan hari-hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Zulhijjah). Ia merupakan sunah Nabi Ibrahim a.s. setelah Allah s.w.t mengujinya dengan perintah menyembelih anaknya Ismail tetapi ditebus ujian itu dengan digantikan seekor haiwan untuk disembelih.
8. Imam Muslim meriwayatkan dari Ummu Salamah r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda, Apabila kamu telah melihat anak bulan Zulhijjah dan ada di kalangan kamu yang ingin berkorban (sembelih haiwan ternakan), hendaklah dia menahan dirinya dari (memotong) rambut dan kukunya, dan di dalam riwayat lain : “Maka janganlah dia memotong rambut dan kukunya sehinggalah dia berkorban.
Perintah (sunat) ini berkemungkinan ada persamaan dengan hukum bagi mereka yang membawa haiwan ternakan (ketika mengerjakan haji) dari kampung mereka yang telah dijelaskan oleh Allah, maksudnya, (Dan janganlah kamu mencukur rambut kamu sehinggalah haiwan ternakan (yang dibawa untuk dihadiahkan dagingnya kepada penduduk Mekah) itu sampai ke tempatnya).
Larangan (memotong rambut dan kuku) ini pada zahirnya adalah khusus kepada pemunya haiwan korban tersebut sahaja dan tidak termasuk isteri dan anak-anaknya melainkan mereka juga mempunyai haiwan seumpamanya, dan tidak mengapa jika yang berkenaan membasuh dan menggosok kepalanya kemudian terjatuh beberapa helai rambutnya.
9. Setiap muslim hendaklah berusaha menunaikan solat hari raya secara berjemaah, mendengar khutbah oleh imam selepas solat tersebut supaya mendapat pengajaran daripadanya.
Sepatutnyalah kita mengetahui hikmat di sebalik perayaan ini. Ia merupakan hari menyatakan kesyukuran dengan melakukan kebaikan. Janganlah pula dilakukan padanya perkara yang mendatangkan kemurkaan Allah dengan mengerjakan maksiat, kesombongan, pertengkaran dan sebagainya yang boleh menjadi sebab kepada terhapusnya amalan kebaikan yang dikerjakannya sebelum itu.
10. Penuhilah hari-hari berkenaan dengan ketaatan kepada Allah, berzikir, bersyukur, menunaikan perintah-Nya, menjauhi larangan-Nya, mendekatkan diri kepada-Nya semoga mendapat rahmat dan keampunan-Nya.

Sunday, June 16, 2013

hadis 40: kehidupan di dunia laksana perantau

الحديث الأربعون
HADITH KEEMPAT PULUH

عَنْ ابْنِ عُمَرْ رضي الله عَنْهُمَا قَالَ : أَخَذَ رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه وسلم بِمَنْكِبَيَّ فَقَالَ : كُنْ فِي الدُّنْيَا كَأَنَّكَ غَرِيْبٌ أَوْ عَابِرُ سَبِيْلٍ . وَكاَنَ ابْنُ عُمَرَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا يَقُوْلُ : إِذَا أَمْسَيْتَ فَلاَ تَنْتَظِرِ الصَّبَاحَ، وَإِذَا أَصْبَحْتَ فَلاَ تَنْتَظِرِ الْمَسَاءَ، وَخُذْ مِنْ صِحَّتِكَ لِمَرَضِكَ، وَمِنْ حَيَاتِكَ لِمَوْتِكَ .

[رواه البخاري]

Terjemah hadith / ترجمة الحديث :

Dari Ibnu Umar radhiallahuanhuma berkata : Rasulullah saw memegang bahu saya seraya bersabda : “Jadilah engkau di dunia seakan-akan orang asing atau pengembara”, Ibnu Umar berkata : “Jika kamu berada pada waktu petang hari jangan tunggu pagi hari, dan jika kamu berada pada waktu pagi hari jangan tunggu petang hari, gunakanlah kesihatanmu untuk (persiapan saat) sakitmu dan kehidupanmu untuk kematianmu”

(Hadis Riwayat Bukhori)

Kosa kata / مفردات :

غريب : Orang asing

عابر سبيل : Pengembara

(أمسيـ(ـت : (engkau berada) di petang hari

(أصبحـ(ـت : (Engkau berada) di pagi hari.

(منكبـ(ي : (kedua) bahu (ku)

Pelajaran yang terdapat dalam hadith / الفوائد من الحديث:

Bersegera mengerjakan pekerjaan baik dan memperbanyak ketaatan, tidak lalai dan menunda-nunda kerana dia tidak tahu bilakah datangnya ajal.
Menggunakan berbagai kesempatan dan momentum sebelum hilangnya berlalu.
Zuhud di dunia bererti tidak bergantung kepadanya hingga mengabaikan ibadah kepada Allah ta’ala untuk kehidupan akhirat.
Hati-hati dan khawatir terhadap azab Allah adalah sikap seorang musafir yang bersungguh-sungguh dan hati–hati agar tidak tersesat.
Waspada daripada teman yang buruk hingga tidak terhalang dari tujuannya.
Pekerjaan dunia dituntut untuk menjaga jiwa dan mendatangkan manfaat, seorang muslim hendaknya menggunakan semua itu untuk tujuan akhirat.
Bersungguh-sungguh menjaga waktu dan mempersiapkan diri untuk kematian dan bersegera bertaubat dan beramal shaleh.

Fiqh Dakwi dan Tarbawi :

Para da’ie seharusnya memendekkan cita-cita terhadap dunia dan menganggap dunia bukanlah permanent resident melainkan tempat persinggahan ibarat tempat RnR sewaktu jaulah untuk memperbaiki kelengkapan. Dia ingin pulang ke tanah airnya yakni negeri akhirat yang kekal abadi. “Wahai kaumku, sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah nikmat dan keseronokan yang sementara. Sesungguhnya akhirat itulah negeri tempat tinggal yang kekal.” (Ghofir: 39)
Allah memerintahkan kita untuk bersegera dalam menuai kebajikan, tidak bertangguh dalam berurusan dan melakukannya dengan penuh kesungguhan. “Apabila selesai satu urusan, maka bekerlah untuk urusan seterusnya.” (al-Insyirah: 7). Selesai satu program, kita teruskan dengan program yang lain tanpa henti hingga ajal menjemput. Sehinggakan solat pun kita diajarkan untuk serius, “Solatlah seperti solat orang yang mengucapkan selamat tinggal (mati)” (HR Ahmad)
Kita dituntut untuk merebut peluang yang ada di dunia buat bekal akhirat. Bukankah harta yang terbaik itu adalah harta yang berada di tangan orang yang beriman ? “Rebutlah peluang daripada lima perkara sebelum lima perkara; remaja sebelum tua, sihat sebelum sakit, kaya seebelum miskin, lapang sebelum sempit dan hidup sebelum mati” (HR Bukhari)
Rasulullah memegang kedua bahu Abdullah bin Umar, adalah agar beliau memperhatikan apa yang akan beliau sampaikan. Menunjukkan bahwa seorang mutarabbi harus diajarkan tentang perhatian murabbinya kepadanya dan kesungguhannya untuk menyampaikan ilmu kedalam jiwanya. Hal ini dapat menyebabkan masuknya ilmu, sebagaimana hal itu juga menunjukkan kecintaan Rasulullah kepada Abdullah bin Umar, kerana hal tersebut pada umumnya dilakukan oleh seseorang kepada siapa yang dicintainya.

Thursday, June 6, 2013

Projek Pembesaran Masjidil Haram Mekah

PEMBANGUNAN pesat kini melanda Makkah bertujuan memberi ruang lebih selesa kepada umat Islam yang datang dari seluruh dunia sama ada untuk mengerjakan haji mahupun umrah.

Projek memperluas ruang sembahyang di Masjidil Haram dan juga Masjid Nabawi di Madinah hingga kini menelan belanja lebih RM63 bilion. Bukan itu saja, enam pembinaan projek hartanah juga kini dilaksanakan di sekitar Masjidil Haram yang dianggar bernilai lebih RM46 bilion.

Penganalisis berkata, apabila projek itu disempurnakan 10 tahun lagi, ia akan merubah wajah Makkah dan menyediakan lebih banyak kediaman, pengangkutan dan pusat kemudahan untuk jemaah dan penduduk.

Kawasan ibadat Masjidil Haram juga dijangka mencecah lebih 300,000 meter persegi dan mampu menampung sekurang-kurangnya 700,000 jemaah pada satu masa.

Projek memperluaskan kawasan ibadat Masjidil Haram diarah oleh Raja Abdullah.

Demi melaksanakan projek itu, 1,000 hartanah di kawasan Al-Shamiya dimusnahkan dan kira-kira RM5.5 bilion diperuntukkan sebagai pampasan kepada pemilik hartanah yang diambil alih untuk digunakan sebagai kawasan ibadat baru Masjidil Haram.

Proses menebus tanah itu bagaimanapun tidak lari daripada kontroversi apabila pemilik hartanah Al-Shamiya menolak pampasan RM13,000 hingga RM17,500 semeter persegi yang dianggap terlalu rendah.

Mereka yang tidak bersetuju bagaimanapun dibenar Jawatankuasa Penilaian untuk membuat aduan kepada Majlis Pengaduan.

Pemilik mendakwa nilai itu terlalu rendah untuk hartanah yang terletak hanya 250 meter dari Masjidil Haram dan ia lebih rendah berbanding RM43,500 semeter persegi untuk hartanah 10 kilometer dari kawasan itu.

Pengerusi Jawatankuasa Hartanah Majlis Perniagaan Makkah, Sharif Mansour Abou Riyash, bagaimanapun berkata, nilai itu rendah kerana hartanah terbabit terletak di kawasan rendah dan dihuni pendatang haram.

“Kami mengambil kira 13 faktor dan membahagikan bangunan kepada enam kategori. Kami memberi nilai terbaik,” katanya.

Nilai pampasan tertinggi diberi adalah RM392,000 semeter persegi. Projek al-Shamiya direka untuk menyediakan kawasan sembahyang lebih luas di bahagian utara masjid, selain menyediakan pusat kemudahan pengangkutan untuk jemaah.

Hotel dan apartmen yang lengkap dengan perabot juga akan dibina di kawasan ini selain kemudahan awam yang lebih canggih.

Projek Jabal Khandama pula terletak di timur masjid yang akan membabitkan pembinaan beberapa menara hotel. Kira-kira 15 peratus daripada 150,000 meter persegi projek ini diperuntukkan untuk penduduk Makkah.

Projek Jabal Omar pula terletak di barat daya Masjidil Haram. Bukit-bukau di kawasan ini sudah mula diratakan dan ia akan digunakan untuk pembinaan kawasan kediaman baru.

Hotel, bangunan kediaman, kompleks beli-belah dan kemudahan awam turut akan dibina di kawasan seluas 230,000 meter persegi itu.

Jumlah kediaman yang dibina di Jabal Omar mampu menampung 100,000 penduduk dengan kawasan ibadat berhawa dingin yang dirancang mampu menampung 100,000 jemaah manakala tanpa hawa dingin 120,000 jemaah.

Kawasan di tenggara Masjidil Haram membabitkan sekitar Hospital Ajyad dengan rancangan membina hospital berteknologi tinggi dan pusat perubatan tambahan kepada kemudahan kecemasan dan rawatan sedia ada.

Lebuh raya Raja Abdul Aziz yang terletak di timur Masjidil Haram pula akan menjadi pusat kemudahan pengangkutan jemaah dan penduduk ke kawasan masjid.

Projek direka dengan mengambil kira keperluan pengangkutan pada masa akan datang. Laluan sepanjang empat kilometer dan lebar 80 meter itu akan disambung terus dengan Lebuh raya Jeddah.

Projek di selatan Masjidil Haram pula akan meningkatkan ruang ibadat daripada 1,170 kepada 30,000 meter persegi dan menyediakan ruang yang mampu menampung 1,000 kereta pada satu masa.

Menara Abraj Al Bait yang mengandungi tujuh menara terletak di kawasan selatan Masjidil Haram. Dengan ketinggian 595 meter dan lantai seluas 15.6 juta kaki persegi, ia bakal menjadi bangunan terbesar dunia apabila siap tahun depan.

Sebelum pembinaan dimulakan, kubu Ajyad era Othmaniah dirobohkan dan menara paling tinggi turut diurus hotel lima bintang untuk menyediakan kamar selesa untuk jemaah haji.

Abraj Al Bait juga memiliki pusat beli-belah empat tingkat dan kawasan tempat letak kereta yang boleh memuatkan 800 kenderaan.

Selain bangunan kediaman yang mampu menampung 65,000 penduduk, ia memiliki pusat persidangan dan empat muka jam di menara tertinggi. Jam akan dipasang setinggi 380 meter dan menjadikan ia jam tertinggi di dunia.

Projek di pintu utara pula membabitkan pembinaan sebuah menara.

Penganalisis hartanah, Hani Al-Amri, berkata pemilik hotel, vila dan hartanah di Shamiya, Marwah, Raquba dan Jabal Al-Kaaba pasti menuntut harga pampasan tinggi kerana mereka hampir dengan Masjidil Haram.

“Ia akan menyebabkan harga hartanah melambung di kawasan itu,” katanya.

Purata sewa rumah di bahagian utara dan timur Makkah adalah antara RM17,000 hingga RM22,000 setahun manakala di tenggara, RM31,000 setahun.

Pengarah Jabatan Pampasan Kementerian Pengangkutan, Mohammed Shaker Al-Dahlawi, berkata pemilik tanah yang membina bangunan bertingkat akan memperoleh pampasan lumayan.

“Bagaimanapun, selepas ini jemaah berpendapatan rendah pasti sukar memperoleh penempatan berhampiran Masjidil Haram selepas bangunan di Shamiya dan Shubaika diroboh,” katanya.

Jangkaan itu sudah berlaku apabila kadar sewa bilik hotel berhampiran Masjidil Haram meningkat 60 peratus pada Ramadan tahun ini jika dibanding tahun lalu.

Kadar sewa bilik mencecah RM3,560 semalam pada hari biasa dan antara RM7,480 hingga RM11,860 pada hujung minggu. Bagaimanapun, semua apartmen mahupun hotel berhampiran Masjidil Haram habis ditempah sejak dua bulan lalu.

Kadar sewa bilik pada 10 hari terakhir Ramadan pula mencecah sekurang-kurangnya RM39,250 hingga RM52,500 satu malam.

Menurut ejen hartanah, peningkatan harga itu berpunca daripada pembangunan di sekitar Masjidil Haram dan kurangnya bangunan yang boleh digunakan sebagai kediaman.

Pada masa sama, Arab Saudi menyediakan bajet RM4.6 bilion untuk membina lima landasan kereta api monorel yang menyambungkan Makkah, Mina, Padang Arafah dan Muzdalifah bagi memudahkan perjalanan lebih tiga juta jemaah haji antara pusat ibadat terbabit.

Timbalan Menteri Perbandaran dan Hal Ehwal Bandar, Dr Habeeb Zain Al-Abidine, berkata projek itu akan bermula sebelum musim haji tahun ini dan dijangka siap pada 2010.

“Landasan akan dibina antara lapan hingga 10 meter tinggi bagi mengelak ia mengganggu perjalanan kenderaan dan dijangka siap dalam tempoh 18 bulan.

“Kewujudan monorel akan menyebabkan 25,000 daripada 70,000 bas diguna oleh jemaah tidak lagi perlu digunakan. Sistem ini mampu mengangkut 500,000 jemaah dalam tempoh enam hingga lapan jam,” katanya.

Friday, May 3, 2013

Persidangan Kebangsaan Pendidikan Vokasional 2012 . Transformasi Pendidikan Vokasional

"Mengarusperdanakan Pendidikan Vokasional Ke Arah Negara Berpendidikan Tinggi "
Pembentangan oleh :
Tn. Hj. Ahmad Tajudin Bin Jab
Pengarah
Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional.

Kepimpinan Pengarah KV dan Pengetua PAV
* Ketrampilan yang meyakinkan
* Inovasi pelaksanaan program
* Hubungan dengan industri dan jabatan kerajaan setempat
* Fokus kepada OUTCOME
* " Tracer Study" pelajar
* Mentoring" , " Career Shadowing", "Attachment Program dan
* Peka keperluan guru melalui CPD.

Kompetensi Guru :

* Ketrampilan yang meyakinkan
* Inovasi dalam P d P - kepelbagaian kaedah berdasarkan kebolehan murid
* Penggunaan ICT _ video , CD ,internet.
* Hubungan dengan rakan industri dan agensi kerajaan.
* Kebolehan menterjemah kurikulum dan pentaksirn
* Peka dengan perubahan dan
* Continuous Professional Development - ICT ,kemahiran vokasional , inter and intra personal ,komunikasi.

Kenyataan Bersama KPM - KSM

* Melaksanakan Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia dalam bidang vokasional dan kemahiran.
* Membangunkan bersama Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) dan kurikulum latihan dalam bidang vokasional dan kemahiran.
* Melaksanakan Program pembangunan tenaga pengajar berkemahiran.
* Mempromosikan latihan dalam bidang vokasional dan kemahiran.

Tuesday, April 30, 2013

Transformasi Pendidikan Vokasional

Oleh ABDUL GHANI ABU

Semasa majlis memperkenalkan buku Sudut Pandang Muhyiddin Yassin, 21 November 2011 lalu di Hotel Shangri-la Putrajaya, penulis bertanya Tan Sri Haji Muhyiddin Mohd. Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang juga Menteri Pelajaran, “Apakah langkah yang diambil untuk merealisasikan transformasi pendidikan vokasional dan teknik yang dimulakan pada 2011?”

Beliau menjawab, “Langkah drastik akan diambil untuk meningkatkan peratusan pelajar sekolah menengah yang mengambil jurusan vokasional dan teknik atau Votech daripada 10 peratus kepada 20 peratus, iaitu daripada kira-kira 40 ribu kepada 80 ribu orang pelajar. Peningkatan tersebut diselarikan dengan penambahan jumlah pendidik, penggubalan kurikulum dan persekitaran sekolah yang kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran Votech. Transformasi ini perlu bagi melahirkan pelajar yang kebolehpasaran seiring dengan langkah menuju negara maju.”

Pada awal tahun ini semasa pelancaran Transformasi Pendidikan Vokasional, pada 6 Januari 2012 di Institut Jerman-Malaysia, Bangi, Selangor, Muhyiddin menegaskan, “Dalam Model Baharu Ekonomi yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak, dinyatakan bahawa kejayaan melahirkan modal insan yang berkeupayaan untuk berinovasi dan meneroka bidang baharu bagi menjanakan kekayaan negara merupakan faktor yang kritikal bagi menentukan pencapaian kemajuan dan kemakmuran masa hadapan negara Malaysia. Pertumbuhan ekonomi nasional menuntut peningkatan bilangan graduan dalam bidang vokasional dan teknikal.”

___

Rencana ini dipetik daripada Dewan Siswa Februari 2012

Kursus Pengurusan Jenazah