Saturday, April 30, 2011

Buletin an-Nur- Masa yang berkualiti

Daripada Abdullah bin Abbas , Nabi s.a.w bersabda :


“ Rebutlah lima perkara sebelum lima perkara :

- Muda sebelum tua
- Sihat sebelum sakit
- Kaya sebelum miskin
- Kelapangan sebelum sibuk
- Hidup sebelum mati .

     Tafsiran hadis di atas menjelaskan tentang pengurusan masa amat penting dalam kehidupan manusia. Insan yang membazir masa, samalah seperti ia membazirkan usianya. Setiap detik masa akan terus berlalu ,tiada siapa yang mampu menahan, menangguh atau mempercepatkan perjalanannya.

    Manusia dan masa mempunyai kaitan yang rapat. Rasulullah s.a.w. menekankan lima kesempatan utama dalam kehidupan seorang muslim Kesempatan tersebut adalah peluang yang amat berharga dalam hidup setiap muslim. Peluang itu ialah :

Perkara Peluang / Nikmat

Muda sebelum tua    -      Usia
Sihat sebelum sakit    -     Kesihatan
Kaya sebelum miskin  -    Harta
Kelapangan sebelum sibuk - Kelapangan
Hidup sebelum mati       -      Kehidupan.

 
Pelajar dan remaja hari ini adalah pemimpin masa hadapan. Pergunakanlah usia remaja ini dengan sebaik- baiknya. Usaha gigih semasa menuntut ilmu, perlu dijadikan budaya hidup dalam diri setiap murid. Dengan memguasai pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran , kita akan dapat membangun umat dan Negara yang cemerlang . Untuk itu pelajar perlu :


• Memiliki kekuatan diri , mental dan rohani.
• Keimanan yang mantap agar dapat menangkis cabaran dan dugaan.
• Binalah akhlak yang mulia.

Saturday, April 9, 2011

Maulidur rasul 1432h /2011

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat sekolah
14 Februari 2011
8.30 pagi
Penceramah : Tn Hj Huzilli [unimap]

catatan penting :
  • kewajipan Solat ke atas setiap muslim.
  • bina roh solat dalam setiap individu .
  • solat yang sering diabaikan dan lalai ketika mengerjakannya.
  • Peranan setiap pendidik membina roh solat dalam jiwa pelajar.
persoalannya : Bagaimanakah kepercayaan kepada Allah ini boleh menimbulkan rasa takut dan cinta kepada-Nya?





Kursus Pengurusan Jenazah