Friday, October 30, 2009

Majlis Bacaan Yaasin dan Solat Hajat





Sempena peperiksaan spm yang bakal menjelang tidak lama lagi . Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama asrama telah menganjurkan majlis ini pada 30 oktober 2009 ( 11 Zulkaedah 1430H) .

Majlis ini berjalan dengan lancar . Sambutan dan sokongan ibubapa amat menggalakkan . Khalifah Bacaan Yaasin ialah ustaz Mohd Zain manakala Imam Solat Hajat pula ustaz Zamri Che Kamis. Majlis ini turut dihadiri oleh YDP PIBG sekolah.
renungan bersama ...
sabda rasulullah S.a.w
" Doa itu senjata orang mukmin"
surah Al-Mukmin ayatDi dalam 60, Allah menjelaskan:

"Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina ."

Adab - Adab Berdoa :
  • 1. Berdoa dalam keadaan diri masih berwuduk serta bersih dari sebarang kotoran, hadas dan najis.
  • 2. Memulakan doa dengan membaca “Bismillah” dan ucapan memuji-muji Allah Serta berselawat ke atas Nabi Muhammad.
  • 3. Mengadap Kiblat
  • 4. Memohon ampun dengan merendahkan diri serta mengakui akan kesalahan diri di atas dosa dan kesilapan yang telah dilakukan sebelum berdoa.
  • 5. Berdoa dan memohon kepada Allah dengan bersungguh-sungguh serta memahami segala isi kandungan dan maksud doa.
  • 6. Berdoa dengan penuh khusyuk, tawaduk dan ikhlas serta merendahkan suara.
  • 7. Mendahulukan doa dan permintaan untuk diri sendiri terlebih dahulu sebelum berdoa untuk mereka-mereka yang lain.
  • 8. Berdoa dan mengulangi bacaan doa sebanyak 3 kali bagi sesuatu hajat yang lebih berat atau yang lebih diutamankan.
  • 9. Menghindari diri dari sesuatu yang ditegah dan dilarang oleh agama sama ada pada makanan, minuman, pakaian ataupun pekerjaan.
  • 10. Berdoa untuk kaum muslimin dan muslimat secara seluruhnya untuk kesejahteraan mereka tidak kira yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia.

    - 30 /10/09








Monday, October 19, 2009

Kem Pemantapan Rohani (program ABJZ)



PROGRAM KECEMERLANGAN PENDIDIKAN ISLAM
SEK . MEN. TEKNIK ARAU


“ ANDA BIJAK JAUHI ZINA (ABJZ ) "
وَلَا تَقۡرَبُواْ ٱلزِّنَىٰٓ‌ۖ إِنَّهُ ۥ كَانَ فَـٰحِشَةً۬ وَسَآءَ سَبِيلاً۬
ANJURAN
Raudhatus sakinah

Kerjasama Dengan
WANITA JIM Perlis
PANITIA PENDIDIKAN ISLAM
UNIT KEROHANIAN ASRAMA
SEK. MEN. TEKNIK ARAU.
2 ogos 2009

OBJEKTIF

1. Mendekatkan pelajar dengan program yang membentuk jiwa mendekatkan diri kepada Allah .
2. Mendedahkan kepada pelajar tentang masalah sosial yang semakin membimbangkan dan cara menjauhinya.

p/s renungan
Remaja dan belia harapan negara. Remaja adalah pemimpin masa depan yang akan mencorak masyarakat dan negara. justeru marilah sama-sama menggembeling tenaga ,bersatu fikrah agar dapat membentuk generasi rabbani yang terbilang .

Hari Pendidikan Islam - Peringkat Zon 09

kuiz - tempat ketiga


Bertempat di Sek. Men Keb. Agama Arau . Johan keseluruhan telah dimenangi ole tuan rumah iaitu Sek. Men. Keb. Agama Arau.




Hari Pendidikan Islam - Peringkat sekolah 09






5 Mac 2009 / 8 Rabiulawal 1430h - Hari Pendidikan Islam Peringkat Sekolah diadakan . Berbagai kategori acara yang dipertandingkan . Penyertaan pelajar amat menggalakkan . Pertandingan kuiz antara mendapat tempat dari segi penyertaan pelajar, manakala tilawah al-Quran dan hafazan amat sukar kerana tiada calon yang benar benar layak dan berkualiti . Cukup sekadar bacaan tajwidnya betul ,tarannumnya pula..... Johan setiap kategori akan mewakili sekolah ke peringkat zon.
HARI PENDIDIKAN ISLAM
PERINGKAT SEKOLAH

1. OBJEKTIF

1.1 Menanamkan minat membaca , menghayati dan mengamalkan isi kandungan Al- quran di kalangan pelajar.
1.2 Memantapkan sebutan dan bacaan dalam pengajaran Tilawah Al-Quran kepada pelajar.
1.3 Memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar untuk memperkembangkan potensi mereka dalam aktiviti tadarus Al-Quran.

2. TEMA
“ AL-Quran Pemangkin Modal Insan Cemerlang “

3. Acara yang dipertandingkan ialah :
4.1 Tilawah Al-Quran (Lelaki)
4.2 Tilawah Al-Quran ( Perempuan )
4.3 hafazan Al-quran ( Lelaki )
4.4 Hafazan Al- Quran ( perempuan )
4.5 syarahan Agama ( Lelaki )
4.6 Syarahan Agama ( Perempuan )
4.7 Nasyid
4. 7 Kuiz Agama




















Sunday, October 18, 2009

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1430H





Ceramah Maulidur Rasul disampaikan oleh ustaz Hashim (Jabatan Agama Islam Perlis) . Sambutan Maulidur Rasul ini adalah antara aktiviti yang dilakukan sempena Bulan Dakwah Kebangsaan peringkat sekolah .

MAJLIS CERAMAH MAULIDUR RASUL
2009M / 1430H

MUQADIMAH
Bersempena dengan peristiwa Maulidur Rasul yang berlaku pada 12 Rabiulawal setiap tahun . Panitia Pendidikan Islam akan mengadakan ceramah dan pertandingan sempena Maulidur Rasul bagi mengingati peristiwa tersebut . Semoga dengan program ceramah dan pertandingan yang diadakan ini akan dapat menyegarkan minda pelajar tentang peristiwa kelahiran Rasulullah S.A.W. sehingga beliau menerima wahyu dan cabaran serta mihnah yang terpaksa dihadapi sepanjang menyampaikan dakwah kepada umatnya .

OBJEKTIF
1. Mentarbiah generasi pelajar melalui kefahaman sebenar terhadap falsafah Islam melaui kisah dan peristiwa yang berlaku .
2. Menanam semangat yang tinggi dalam jiwa generasi pelajar agar dapat meningkatkan taqwa kepada Allah .
3. Menanan sifat jati diri muslim dalam perjalanan kehidupan seharian seorang pelajar.
4. Melahirkan pelajar yang seimbang dari segi rohani , jasmani emosi dan intelek.

TARIKH :
2 mac 2009 M ( 5 RABI’ULAWAL 1430H )

TEMPAT : Dewan Semesta , sek . Men Teknik Arau . Perlis .

SASARAN : Semua Pelajar ting. 4 dan 5





Saturday, October 17, 2009

pelancaran bulan dakwah kebangsaan





Pelancaran Bulan Dakwah Kebangsaan di Sek. Men Teknik Arau. (Peringkat sekolah ). Pelancaran tersebut telah dirasmikan oleh Pengetua Sek. Men Teknik Arau ,En Ahmad bin Che Abdullah . Sepanjang bulan ini berbagai aktiviti telah dijalankan yang melibatkan semua pelajar sekolah ..

PELANCARAN BULAN DAKWAH KEBANGSAAN
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

TEMA :
DAKWAH PEMANGKIN KHAIRU UMMAH
TARIKH : 2 MAC 2009 / 5 RABIULAWAL 1430













Friday, October 16, 2009

kursus "sehari di Tanah suci '











MUQADDIMAH
Ibadah haji diwajibkan ke atas setiap muslim dan muslimat sekali dalam seumur hidup . Tajuk ini adalah termasuk dalam sukatan pelajaran SPM . Justeru itu , Panitia Pendidikan Islam menganjurkan kursus ini untuk member pendedahan yang lebih mendalam dan secara praktikal agar pelajar lebih memahami konsep ibadah haji .

OBJEKTIF
· Pelajar dapat mengetahui secara terperinci dan menghayati perlaksanaan ibadah haji .
· Menanamkan semangat yang tinggi dalam jiwa generasi muda agar dapat meningkatkan taqwa kepada Allah.
· Menanamkan jati diri muslim dalam perjalanan kehidupan seharian seorang pelajar .

SASARAN :
Tingkatan 5

TARIKH :
06 Februari 2009



TENTATIF PROGRAM
8.20 pg - Taklimat cara perlaksanaan program .
8.30 pg - Ceramah ( perjalanan ibadah haji )
10.30 pg - rehat
10.45 pg - Praktikal Ibadah haji
12.00 - bersurai .

sambutan maal hijrah

Sambutan Maal Hijrah telah diadakan pada 22 Januari 2009 . Program dilakukan oleh Panitia Pendidikan Islam SMTA dan Biro Kerohanian Asrama SMTA .

SAMBUTAN MAAL HIJRAH

MUQADDIMAH
Bersempena dengan sambutan Maal Hijrah , Panitia Pendidikan Islam dan biro kerohanian asrama mengadakan majlis ceramah mengenai peristiwa tersebut. Ianya bertujuan untuk menjelaskan kepada pelajar mengenai peristiwa penting yang berlaku terhadap Rasulullah S.A.W. dan umat islam serta mengambil iktibar daripada peristiwa tersebut.

OBJEKTIF
· Mendidik generasi pelajar melalui kefahaman sebenar terhadap falsafah Islam melalui kisah dan peristiwa ke atas nabi.
· Melahirkan pelajar yang seimbang dari segi rohani , emosi , jasmani dan intelek.

TARIKH
22 Januari 2009 M

SASARAN
Semua Pelajar SMTA

PENCERAMAH
Ustaz Abdullah bin Hashim

Proram Ihya, Ramadhan




Program Ihya, Ramadhan telah dijalankan pada 16 september 2009.




CERAMAH NUZUL QURAN DAN MUHASABAH AKHIR RAMADHAN

OBJEKTIF :
· Mendedahkan kepada pelajar mengenai nuzul quran dan kelebihan membacanya .
· Melatih pelajar menghayati ramadhan .


TARIKH : 16 SEPTEMBER 2009
HARI : RABU
MASA : 8.00 - 10.00 PAGI
SASARAN : SEMUA WARGA SMTA

Waktu gempa di Padang menyamai 3 nas al-Quran




Saturday, October 10, 2009

Waktu gempa di Padang menyamai 3 nas al-Quran

Kejadian suatu kebetulan yang perlu direnungi, insafkan umat ingkar suruhan IlahiSEGALA kejadian di muka bumi ini adalah ketetapan Allah SWT. Demikian pula dengan musibah gempa yang berlaku di Padang, Sumatera. Kebetulan juga waktu terjadi musibah itu dengan kaitan surah dan ayat yang ada hubungannya dalam kitab suci al-Quran al Karim.


Cuba perhatikan gempa di Padang pada jam 17.16 petang, kemudian susulan gempa pada jam 17.58 petang dan esoknya terjadi gempa di Jambi pada jam 08.52 (waktu antarabangsa).


Jam 17.16 (iaitu surah ke-17, al-Israk, ayat 16) bermaksud: Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah), tetapi mereka melakukan kederhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.


Jam 17.58 (surah ke-17, al-Israk, ayat 58) bermaksud: Tidak ada suatu negeri pun (yang derhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu sudah tertulis di dalam kitab (Luh Mahfuz).Jam 08.52 (surah ke-8, al-Anfal, ayat 52) bermaksud: (keadaan mereka) seperti Firaun dan pengikutnya serta orang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat Allah, maka Allah menyeksa mereka disebabkan dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras seksaan-Nya.

Tiga ayat Allah SWT di atas, yang ditunjukkan tepat dalam waktu kejadian tiga gempa di Sumatera. Mengenai azab Allah kehancuran dan kematian serta kaitannya dengan hidup mewah dan derhaka.Dengan pelbagai kebetulan yang Allah SWT sampaikan ketika musibah itu, Allah jelas hendak mengingatkan kita. Apakah ia sekadar kebetulan di sebalik rahsia kejadian tanpa mengandungi pengajaran? Apakah mesej Allah itu akan mengubah kita agar lebih berhati-hati dan taat perintah dan menjauhi larangan-Nya? Mungkin kita tidak peduli atau mentertawakan seperti kaum Musyrikin Quraisy mempersendakan risalah disampaikan kepada Rasulullah SAW? Semua terpulang kepada kita.


Manusia bukan makhluk tunggal di muka bumi ini. Manusia bersama makhluk lain yang juga memiliki hak sama untuk dapat hidup mengikut sunnatullah yang ditetapkan Allah SWT. Walaupun alam dengan isinya mungkin ditundukkan oleh manusia dengan ilmu pengetahuan, tidak bererti alam harus tunduk kepada manusia.Alam tetap patuh dan pasrah (Islam) kepada Allah. Alam dengan segala isinya memiliki kehidupan sendiri. Harus disedari, kita dan alam memiliki hak yang sama untuk mengabdikan kepada Allah, tentu saja dengan cara sendiri. Sebenarnya sesama makhluk Allah, kita harus dapat harmonikan kehidupan dengan alam. Jika tidak, berlaku ketegangan, pertembungan dan saling menghancurkan.


Antara yang perlu kita perhatikan disebut al-Quran tasbih bumi iaitu bumi juga makhluk Allah yang sentiasa bertasbih kepada Allah. Orang bertasbih menyucikan Allah daripada segala perbuatan yang tidak sewajarnya.Kata Subhanallah yang selalu kita lafazkan selepas solat bererti Maha Suci Allah dengan segala sifat dan perbuatan-Nya. Ilmuwan Muslim, Zaghlul an-Najjar, dalam bukunya Shuarun min Tasbih al-Kainaat Lillah (Ketika Alam Bertasbih) menyatakan: Al-Quran menegaskan langit dan bumi dapat berbicara, menangis dan berasa sakit serta pedih.Riwayat daripada Nabi SAW yang menjelaskan makna Surah al-Zalzalah, ayat 3, yang mengatakan: Pada hari itu bumi menceritakan. Baginda bertanya: Tahukah kamu beritanya? Mereka menjawab: Allah dan Rasul-Nya lebih tahu.' Baginda berkata: Sesungguhnya berita ia (bumi) bersaksi atas hamba atau umat yang berada di atasnya. Ia (bumi) berkata, melakukan ini pada hari ini, begini dan begitu. (Riwayat at-Tirmizi).


Amat mengelirukan jika kita menganggap bumi sebagai benda mati yang tidak memberi reaksi terhadap apa yang dilakukan manusia di muka bumi ini. Jelas bahawa bumi tempat kita berpijak selalu bertasbih dan berdialog kepada Allah SWT.Bumi menyucikan Allah dan memuji-Nya dengan cara yang tidak kita ketahui. Apakah akan terjadi jika manusia yang hidup di muka bumi ini tidak bertasbih kepada Allah. Betapa seksanya bumi menampung manusia kufur, berdosa, bermaksiat dan melupakan Allah. Bumi berasa berat dan menanggung beban yang tidak tertahan kerana dipijak manusia yang derhaka dan berdosa.Gempa adalah reaksi bumi. Kita memerlukan pendekatan teologi dan spritual. Gempa membuat manusia sedar bahawa selain manusia, langit dan bumi berserta apa yang ada di dalamnya juga makhluk Allah yang memiliki hukum dan kehidupannya sendiri. Bumi agak marah kepada manusia yang tidak pernah tersedar, kufur, dan ingkar kepada Allah.

Firman Allah bermaksud: Apabila bumi digoncangkan dengan goncangan (yang dahsyat), dan bumi telah mengeluarkan beban (yang dikandungnya), dan manusia bertanya: Mengapa bumi (menjadi begini?) (Surah al-Zalzalah : 1-3)oleh: ibrahim abdullah





Terima kasih.

muqaddimah


Assalamualaikum . blog ini adalah untuk merakamkan setiap program dan perjalanan panitia .
guru-guru PI SM Teknik Arau
1 Ustz Siti Mahaya Ahmad
2 Ustz Azizah bt Md Isa
3 Ustz shakimah Ahmad
4. Ustz Redza Syafikah bt Zainon
5 Ustz Noriza bt Ahmad
6. Ustaz Mohd Zain b. Desa
Objektif Pendidikan Islam
- memantapkan keyakinan pegangan akidah kepada Allah
- memperkukuhkan amalan ibadat Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah
- mengambil iktibar dari sirah nabawiyyah dan tokoh- tokoh islam dalam pembangunan modal insan.
- mengamalkan nilai-nilai murni sebagai tonggak bangsa bermaruah.

Kursus Pengurusan Jenazah