Friday, April 30, 2010

DI SEBALIK WAHYU PERTAMA ( IQRA')


Dengan KebesaranMu Ya Allah


Iqra' . Bacalah .... kerana membaca itu kunci kepada ilmu. Manakala ilmu itu pula imam kepada segala amalan. Dan amalan itu akan membawa kepada taqwa - sumber kekuatan untuk kita di dunia dan akhirat . Allah s.w.t. telah memilih kalimah IQRA' untuk mentarbiah umat Muhamad kerana amalan itu adalah perkara utama dan pertama (first thing first) untuk menjadi hamba Allah dan khalifah di muka bumi.

Natijahnya tersirat daripada rahsia iqra' , umat Islam akan mendapat hidayah , ilmu, iman dan taqwa . Maka umat Islam akan terbina akal . emosi , jasmani dan rohaninya.

Saturday, April 17, 2010

hayati kebesaran Allah

Masjid Putra. Putrajaya

Masjid Kristal. Terengganu




Saturday, April 10, 2010

Ciri pelajar cemerlang

peperiksaan awal tahun 2010

khusyuk menjawab soalan peperiksaan ... moga berjaya .


Ciri-ciri Pelajar yang Cemerlang
OptimistikPelajar yang cemerlang sentiasa yakin pada potensi diri sendiri untuk boleh menempah kejayaan dalam pendidikan.
Tumpuan sepenuh hati
Pelajar yang cemerlang memerikan tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran semasa mengikuti pengajaran guru di kelas.
Persediaan awal
Pelajar yang cemerlang membuat persediaan awal apabila akan menghadapi peperiksaan tidak kira sama ada ujian bulanan, peperiksaan penggal atau peperiksaan yang sebenarnya.
Tepati waktu belajar
Pelajar yang cemerlang menepati waktu belajar yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah . Ini akan melatih pelajar menjadi seorang yang berdisiplin. Apabila sikap disiplin telah tersemai dalam jiwa pelajar, maka mudahlah bagi pelajar untuk mendisiplinkan diri dalam pembelajaran.
Hormati guru
Pelajar yang cemerlang sentiasa menghormati guru . Guru adalah sumber ilmu. Oleh itu sentiasalah menghormati guru yang memberikan kita ilmu.
Siapkan tugasan yang diberi
Pelajar yang cemerlang menyiapkan tugasan yang telah diberi oleh guru sama ada kerja dalam kelas atau kerja rumah, dalam tempoh yang ditetapkan oleh guru berkenaan. .
p/s ciptalah ciri-ciri ideal dalam diri anda.

Friday, April 9, 2010

keputusan spm 2009


Alhamdulilah syukur kehadrat Allah yang melimpah kan kejayaan buat pelajar SMTA 2009.

Tahniah kepada Abdul aziz azmee telah mendapat 9A 1B . Tahniah buat semua pelajar yang berjaya ... Teruskanlah perjuangan dalam mencari ilmu setinggi yang mampu . Doa guru guru sentiasa bersama anda semua. Moga dapat berbakti kepada kedua ibu bapa , agama ,bangsa dan masyarakat. ikutlah rasmi padi ' semakin berisi semakin tunduk ..

Kursus Pengurusan Jenazah