Wednesday, October 13, 2010

Kursus Pemantapan Solat : Solat membentuk generasi bertaqwa





Kem Solat ini melibatkan semua pelajar Tingkatan 4.
Jazakallah atas kerjasama dan sumbangan  Penceramah dan Fasilitator daripada
"Badan Dakwah dan Kerohanian " UITM.
Moga setiap usaha diberi ganjaran oleh Allah SWT.





Tuesday, October 12, 2010

Sambutan Aidilfitri





Sambutan Aidilfitri telah diadakan pada    25  Oktober  2010 . Semua guru dan staff serta pekerja sekolah bersama-sama menjayakan majlis ini .

Thursday, September 23, 2010

Ramadhan dan nuzul Quran

Penceramah Jemputan   : Ustaz Hashim bin Othman
Jabatan Agama Islam Negeri Perlis.

Saturday, May 22, 2010

MAJLIS TAHLIL -


  Majlis ini diadakan untuk memperingati rakan rakan guru serta pelajar yang telah kembali kepada-Nya. 
Al fatihah .....  Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas mereka.




Sambutan Hari Guru - Peringkat Sekolah

'GURU PEMBINA NEGARA BANGSA'  
    Tanggal 16 Mei setiap tahun ,berbagai aktiviti dirancang untuk mengingati setiap pengorbanan  dan jasa guru-guru mendidik , mengajar,membimbing pelajar setiap masa dan ketika.... Justeru itu , ikhlaskan hati setiap langkahmu ...moga Allah memberkati dan merahmati ilmu yang dicurahkan , bakti yang ditaburkan saban masa . Doa dipanjatkan setiap masa agar di beri kekuatan mengharungi cabaran dan mehnah dalam membentuk dan melahirkan insan cemerlang dunia dan akhirat.

      Perasmian sambutan Hari Guru oleh Pengetua SMVA En Ahmad b. Che Abdullah .

Friday, May 14, 2010

Kursus Pengurusan Jenazah..sessi 2010



                 Kursus ini di adakan pada
                                        Tarikh :     24 Mei 2010
                                        Sasaran :  semua pelajar ting 5


                                                       
                           
          

Wednesday, May 5, 2010

Kem Kerohanian : membina generasi akhlak mahmudah

Penceramah Jemputan : Ustazah Nor Asma Abdullah sedang menyampaikan ceramah dan penerangan kepada semua pelajar perempuan SMVA.

Dengar anak anak nasihat daripada ustazah. Jadikan setiap nasihat ustazah panduan untuk menempuh ranjau hidup dunia dan akhirat.


khusyuk mendengar.






Friday, April 30, 2010

DI SEBALIK WAHYU PERTAMA ( IQRA')


Dengan KebesaranMu Ya Allah


Iqra' . Bacalah .... kerana membaca itu kunci kepada ilmu. Manakala ilmu itu pula imam kepada segala amalan. Dan amalan itu akan membawa kepada taqwa - sumber kekuatan untuk kita di dunia dan akhirat . Allah s.w.t. telah memilih kalimah IQRA' untuk mentarbiah umat Muhamad kerana amalan itu adalah perkara utama dan pertama (first thing first) untuk menjadi hamba Allah dan khalifah di muka bumi.

Natijahnya tersirat daripada rahsia iqra' , umat Islam akan mendapat hidayah , ilmu, iman dan taqwa . Maka umat Islam akan terbina akal . emosi , jasmani dan rohaninya.

Saturday, April 17, 2010

hayati kebesaran Allah

Masjid Putra. Putrajaya

Masjid Kristal. Terengganu




Saturday, April 10, 2010

Ciri pelajar cemerlang

peperiksaan awal tahun 2010

khusyuk menjawab soalan peperiksaan ... moga berjaya .


Ciri-ciri Pelajar yang Cemerlang
OptimistikPelajar yang cemerlang sentiasa yakin pada potensi diri sendiri untuk boleh menempah kejayaan dalam pendidikan.
Tumpuan sepenuh hati
Pelajar yang cemerlang memerikan tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran semasa mengikuti pengajaran guru di kelas.
Persediaan awal
Pelajar yang cemerlang membuat persediaan awal apabila akan menghadapi peperiksaan tidak kira sama ada ujian bulanan, peperiksaan penggal atau peperiksaan yang sebenarnya.
Tepati waktu belajar
Pelajar yang cemerlang menepati waktu belajar yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah . Ini akan melatih pelajar menjadi seorang yang berdisiplin. Apabila sikap disiplin telah tersemai dalam jiwa pelajar, maka mudahlah bagi pelajar untuk mendisiplinkan diri dalam pembelajaran.
Hormati guru
Pelajar yang cemerlang sentiasa menghormati guru . Guru adalah sumber ilmu. Oleh itu sentiasalah menghormati guru yang memberikan kita ilmu.
Siapkan tugasan yang diberi
Pelajar yang cemerlang menyiapkan tugasan yang telah diberi oleh guru sama ada kerja dalam kelas atau kerja rumah, dalam tempoh yang ditetapkan oleh guru berkenaan. .
p/s ciptalah ciri-ciri ideal dalam diri anda.

Friday, April 9, 2010

keputusan spm 2009


Alhamdulilah syukur kehadrat Allah yang melimpah kan kejayaan buat pelajar SMTA 2009.

Tahniah kepada Abdul aziz azmee telah mendapat 9A 1B . Tahniah buat semua pelajar yang berjaya ... Teruskanlah perjuangan dalam mencari ilmu setinggi yang mampu . Doa guru guru sentiasa bersama anda semua. Moga dapat berbakti kepada kedua ibu bapa , agama ,bangsa dan masyarakat. ikutlah rasmi padi ' semakin berisi semakin tunduk ..

Monday, March 1, 2010

tugasan hujung minggu - 2010

KARNIVAL MALAYSIA INOVATIF ZON UTARA 2010


Pertandingan inovasi dan berbagai pameran telah diadakan di Dewan 2020 , Kangar. Perlis pada 27 dan 28 Mac 2008.

Tuesday, February 23, 2010

Salam maulidur Rasul 1431 H

Penceramah Jemputan;
Dr Jamnul Azhar sedang menyampaikan ceramah sempena
sambutan "Maulidur Rasul" peringkat sekolah.




Pelajar dan guru khusyuk mendengar ceramah.

Antara intisari ceramah :

  • Umat Islam hendaklah kembali berpegang teguh dengan syariat Islam yang telah disempurnakan oleh Nabi Muhamad S. a. w.
  • Pelajar disarankan sentiasa tingkatkan ilmu pengetahuan dan mendalami ajaran Islam seta menghayatinya dalam kehidupan seharian.
  • secebis cerita menarik - Dr Jamnul pernah bertanya kepada Dr Syeikh Muzaffar (angkasawan pertama) semasa beliau bersamanya di Palestin dalam misi kemanusiaan ..

' Mengapakah pentingnya bumi Palestin kepada orang Yahudi '

' sebenarnya setiap kapal angkasa yang akan pergi ke ISS atau kembali ke bumi ini mesti melalui ruang udara Palestin kerana hanya disitu terdapat satu pintu ( lubang ) yang dapat menembusi ke langit '. Jawab Dr Syeikh Muzafar .

Di sini dapat kita faham sebenarnya pintu itulah yang mula dilalui oleh Rasulullah s.a.w. semasa peristiwa Isra' Mikraj.

Mengapakah kita umat Islam membiarkan segala khazanah ilmu diterokai oleh orang barat dan Yahudi... Marilah kita menyahut cabaran dan seruan wahyu pertama yang diturunkan kepada Rasulullah s.a.w. iaitu .. IQRA' kunci kejayaan dunia dan akhirat ..

Tuesday, January 26, 2010

an-nur 1- 2010

DISEBALIK HIJRAH RASULULLAH S.A.W ...


Awal Muharam 1431 H baru sahaja melewati seluruh umat Islam .Terdapat berbagai peristiwa yang kita lalui sepanjang tahun lepas . Jadikanlah setiap peristiwa dan peringatan Allah sebagai iktibar dan pengajaran untuk meningkat martabat TAQWA disisi ALLAH . Begitu juga Tahun Baru 2010 sahaja menjelma bersama dengan azam dan cita-cita yang baru. Sehingga saat ini umat Islam dan seluruh dunia telah melalui beberapa peristiwa yang berlaku pada hari Jumaat membuktikan kekuasaaan Allah yang mengatur perjalanan hidup manusia antaranya
- Maal Hijrah [ Awal Muharam]
Tahun Baru 2010
Gerhana Bulan pada malam Tahun Baru .
Gerhana matahari [15 / 1 / 2010]
Sidang redaksi An-Nur mengajak merenung sejenak peristiwa hijrah Rasulullah. Muharam merupakan bulan pertama dalam kalendar Islam (Hijrah). ia dapat memberi pengajaran yang besar buat renungan umat , iaitu penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w, dari Mekah ke Madinah.
Hijrah merupakan anugerah dan pertolongan dari Allah “Nasrun Minaallah” setelah 13 tahun Rasulullah dan para sahabat tekanan dari kafir Quraisy . Dalam sela masa itu ada sahabat yang terkorban dan disiksa semata-mata mempertahan iman mereka kepada Allah antaranya Sumaiyyah , bilal dan lain lagi .
Ia permulaan dakwah Islam disebarkan secara terbuka oleh nabi dan para sahabat. Ia peristiwa yang memaparkan betapa antara hidup dengan mati, Islam dipertahankan walaupun terpaksa berhijrah meninggalkan yang sebelumnya untuk menuju satu titik kejayaan. Nabi dan umat Islam meninggalkan Mekah yang penuh dengan ancaman puak kafir Quraisy, demi menyelamatkan agama.

Melalui peristiwa itu juga, Allah s.w.t memberitahu kepada umat Islam bahawa dakwah Islam bukanlah suatu hal yang mudah, malah menuntut pengorbanan yang tidak sedikit. Harta dan nyawa, menjadi pertaruhan yang besar bagi menguji keimanan umat Islam.
Sama-samalah kita mendidik jiwa untuk mendekatkan diri kepada Allah berdasarkan tafsiran ayat Al-quran Surah Mukminun 1- 11 iaitu :-
• Beriman kepada Allah dengan sebenar-benarnya.
• Solat dengan Khusyuk
• Menjauhkan diri daripada perbuatan dan percakapan lagha (sia-sia)
• Mengeluarkan zakat – zakat harta dan zakat fitrah.
• Menjaga kehormatan diri daripada melakukan maksiat dan zina.
• Menunaikan amana• Menjaga waktu solat –
-menunaikan solat dalam waktu
- menunaikannya diawal waktu.

Mereka yang mempunyai ciri-ciri inilah yang akan mewarisi syurga Firdaus.

Friday, January 22, 2010

AHLAN WA SAHLAN WARGA SMVA 2010/1431H


Pada 4 Jan 2010 sekolah beroperasi seperti biasa . Pelajar - pelajar senior tingkatan 5 begitu bersemangat untuk meneruskan pembelajaran . tahun ini amat penting bagi mereka kerana mereka akan menduduki peperiksaan SPM . Semoga semangat dan azam baru ini akan berterusan sepanjang tahun.

P & p berjalan mengikut jadual yang telah diedar semasa mesyuarat guru kali 1 . Pemantau JPN Perlis Ustaz Mohd Fadzil telah datang untuk melihat dan memantau perjalanan P& P pada hari pertama persekolahan .

Tahun 2010 telah mencatat sejarah lagi . SMT Arau telah bertukar nama kepada SM Vokasional Arau . Justeru itu , logo sekolah juga berubah wajah .

Kursus Pengurusan Jenazah