Saturday, April 6, 2013

Rasm Al-Quran Menjana Penyatuan Ummah

 Sempena forum Rasm Uthmani dikalangan Guru-Guru Pendidikan Islam . Forum ini telah disampaika oleh :
Ybhg.Dato' Hj Mohamad Nor b. Mansor - Pengerusi Lajnah Tasheh Al-Quran KDN.
Ustaz Kadri  b. Abd Hamid - Panel Tasheh Al-Quran KDN.

PENGENALAN AL QURAN RASM UTHMANI
Al Quran Rasm uthmani yang kita tatap dan baca penulisannya adalah berdasarkan kaedah - kaedah yang tertentu dan terpelihara. Setiap orang yang hendak membaca Al- Quran  atau menulisnya perlu mengetahui kaedah-kaedah tersebut. Kaedah tersebut :

  • KAEDAH BACAAN
  •    Kaedah bacaan yang terdapat di dalam al-Quran dan sah bacaannya ialah sebanyak sepuluh jenis Qiraat tetapi bacaan yang muafakat dengan kaedah Resam Uthmani ialah bacaan riwayat Hafs bin Sulaiman bin Al Mungirah al-Asadi Al Kufi menurut qiraat Imam 'Asim bin Abi Abdul rahman Abdullah bin Habib As-Sulami.
  •  KAEDAH TULISAN
             Penulisan huruf-huruf Hijaiyah dan kaedahnya adalah bersumberkan dari apa dari apa yang telah diriwayatkan  oleh ulama ulama resam menurut  ( meshaf imam yang enam ) iaitu :
1.  Mushaf Al-Madani Alkhas.
2   Mushaf Al-Madani Al-Am
3   Mushaf Al-Makki
4   Mushaf Al-Kufi
5   Mushaf Al Basri
6   Mushaf As Syaami

  • KAEDAH TITIK DAN BARIS
         Kaedah ini dinamakan  kaedah ahli Masyariqah.


  • KAEDAH PENGIRAAN AYAT
       Kaedah  pengiraan ayat-ayat al-Quran adalah  berbeza-beza menurut ulama 'Adad.iaitu Al-Madani Al-awal , Al-Madani Thani , Al Makki , As-Syaami ,Al-Kufi ,Al-Himsi dan Al-Basri..  Kaedah pengiraan  yang dipakai khususnya di Malaysia, asia Tenggara dan kebanyakkan dunia -Arab menurut mushaf Al-kufi . Bilangan ayat-ayat al-Quran menurut Al-Kufi ialah sebanyak 6236 ayat..


  • KAEDAH PEMBAHAGIAN JUZU' HIZIB DAN RUBU'

     Al-Quran resam Othmani dan lainnya dibahagikan kepada tiga puluh juzu' , enam puluh hizib ,rubu'-rubu' dan sulus adalah berdasarkan kitan " Nazimatuzzuhri" , kitab " Tahqiqul Bayan " dan kitab " Irsyadul Qura' Wal Katibin " oleh Abu "Aziz Ridwan Al-Mukhallilaati.


  • KAEDAH PENENTUAN MAKKIAH DAN  MADANIAH
    al-Quran Al karim yang mengandungi  114 surah itu dibahagikan kepada 86 surah Makkiah dan 28 surah Madaniah.  Kaedah tersebut adalah berdasarkan nas-nas yang sahih yang dihimpun di dalam kitab-kitab qiraat dan tafsir.

  • KAEDAH WAQAF DAN TANDANYA
  • KETERANGAN TANDA-TANDA SUJUD DAN TEMPATNYA 
     Tanda-tanda sujud dan tempatnya adalah menurut kitab-kitab feqah dan hadis .
  • KAEDAH SAKTAH DAN TANDANYA
    Bacaan saktah yang terdapat di dalam a;-Quran resam Othmani Mushaf  Al-Kufi adalah menurut bacaan riwayat Hafs berdasrkan dan berpandukan kitab " As-Syatibiah ".  Kaedah sebutan saktah itu mestilah secara talaqqi dan mushafahah dari guru.

b

No comments:

Post a Comment

Kursus Pengurusan Jenazah