Tuesday, April 9, 2013

TAHAP PENULISAN AL-QURAN

Tahap Pertama

Penulisan di zaman Nabi Muhammad s.a.w

  • Ditulis dan dihafaz oleh para sahabat.
  • tiada sebarang titik dan baris serta tanda-tanda yang lain.
Tahap Kedua
Penulisan dan pengumpulan di zaman Saidina Abu Bakar as-Siddiq
  • dikumpul dan ditulis di atas lembaran-lembaran oleh Zaid bin thabit.
  • sempurna keseluruhan al-Quran.
  • Tiada sebarang titik dan baris serta lain-lain tanda bacaan.
Tahap Ketiga
  Penulisan dan pengumpulan di zaman Saidina uthman bin Affan r.a.
  • disalin dari mushaf asal di tangan saidatina hafsah binti Umar r.ah.
  • Disalin dengan beberapa salinan menurut qiraat.
  • Diutus ke negeri-negeri beserta guru (qari) yang mengajarkan bacaannya.
  • Dilupuskan mushaf-mushaf yang lain dengan persetujuan sahabat.
  • Tiada sebarang titik dan baris serta lain-lain bacaan
Tahap Keempat

  Penulisan di zaman daulah Umaiyah .

  • Diperindahkan khas supaya mudah dibaca.
  • diberkan tanda baris (نقط الأعراب) dalam bentuk titik.
  • Diusahakan oleh Abu Aswad Ad-Duali pada zaman Khalifah Marwan bin Al-Hakam. (wafat tahun 69 Hijrah)
  • Memudahkan pembaca di kalangan orang-orang arab dari tersalah baris.

Tahap Kelima
   Penulisan di zaman Daulah Abbasiah.
  • Diperindahkan Khat dengan lebih halus dan mudah dibaca.
  • Diberikan tanda titik (نقط الأعجام) bagi membezakan huruf yang sama pada khat.
  • Diusahakan oleh Yahya bin Ya'mar  dan asim bin al-Laisy.
  • arahan meletakkan tanda titik oleh Gabenor Iraq iaitu Al-Hajjaj  bin Yusof Al-Thaqafi.
  • Memudahkan ia dibaca oleh orang Arab dan A'jam (seluruh bangsa).
  • Diubah tanda baris yang berbentuk titik kepada harakah (memanjang) yang dipelopori oleh Al-Khalil bin Ahmad Al-Farashidi pada zaman Daulah Abbasiah semasa pemerintahan Khalifah Abdul Malik bin marwan. 

No comments:

Post a Comment

Kursus Pengurusan Jenazah