Wednesday, April 24, 2013

Program Kolej Vokasional Bersama Komuniti

Projek Tebatan Banjir
di Kampung Alor Ara, Arau.
Disempurnakan Oleh :

DYTM Tuanku Raja Muda Perlis.


















Aktiviti Kolej Vokasional Arau

Jamuan Mesra & Perasmian VOKTEK oleh Tn Hj Ahmad Tajudin b. Jab
19 April 2013
Tahniah kepada semua warga KV .
Selamat Ulangtahun kelahiran .Didoakan panjang usia dalam rahmat Allah ,dimurahkan rezeki serta mendapat keberkatan dunia & akhirat.





Tuesday, April 9, 2013

TAHAP PENULISAN AL-QURAN

Tahap Pertama

Penulisan di zaman Nabi Muhammad s.a.w

  • Ditulis dan dihafaz oleh para sahabat.
  • tiada sebarang titik dan baris serta tanda-tanda yang lain.
Tahap Kedua
Penulisan dan pengumpulan di zaman Saidina Abu Bakar as-Siddiq
  • dikumpul dan ditulis di atas lembaran-lembaran oleh Zaid bin thabit.
  • sempurna keseluruhan al-Quran.
  • Tiada sebarang titik dan baris serta lain-lain tanda bacaan.
Tahap Ketiga
  Penulisan dan pengumpulan di zaman Saidina uthman bin Affan r.a.
  • disalin dari mushaf asal di tangan saidatina hafsah binti Umar r.ah.
  • Disalin dengan beberapa salinan menurut qiraat.
  • Diutus ke negeri-negeri beserta guru (qari) yang mengajarkan bacaannya.
  • Dilupuskan mushaf-mushaf yang lain dengan persetujuan sahabat.
  • Tiada sebarang titik dan baris serta lain-lain bacaan
Tahap Keempat

  Penulisan di zaman daulah Umaiyah .

  • Diperindahkan khas supaya mudah dibaca.
  • diberkan tanda baris (نقط الأعراب) dalam bentuk titik.
  • Diusahakan oleh Abu Aswad Ad-Duali pada zaman Khalifah Marwan bin Al-Hakam. (wafat tahun 69 Hijrah)
  • Memudahkan pembaca di kalangan orang-orang arab dari tersalah baris.

Tahap Kelima
   Penulisan di zaman Daulah Abbasiah.
  • Diperindahkan Khat dengan lebih halus dan mudah dibaca.
  • Diberikan tanda titik (نقط الأعجام) bagi membezakan huruf yang sama pada khat.
  • Diusahakan oleh Yahya bin Ya'mar  dan asim bin al-Laisy.
  • arahan meletakkan tanda titik oleh Gabenor Iraq iaitu Al-Hajjaj  bin Yusof Al-Thaqafi.
  • Memudahkan ia dibaca oleh orang Arab dan A'jam (seluruh bangsa).
  • Diubah tanda baris yang berbentuk titik kepada harakah (memanjang) yang dipelopori oleh Al-Khalil bin Ahmad Al-Farashidi pada zaman Daulah Abbasiah semasa pemerintahan Khalifah Abdul Malik bin marwan. 

Sunday, April 7, 2013

TATACARA SAIDINA UTHMAN R.A DALAM USAHA PENULISAN MUSHAF


  • Penyeliaan di bawah seliaan beliau sendiri dan di kalangan para sahabat terbilang dari kalangan Muhajirin dan Ansar.
  • jurutulis tidak menulis sesuatu melainkan setelah ditunjuk terlebih dahulu kepada para sahabat bagi memastikan kebenarannya.
  • Ayat=ayat yang telah dimansuhkan bacaannya atau tidak dibaca pada semakan terakhir baginda Rasulullah s.a.w. dengan Jibril a.s. tidak akan ditulis.
  • Beberapa mushaf telah ditulis dan disalin menurut wajah qiraat serta diutus ke negeri=negeri dengan guru yang mengajarkannya.
  • Jika berlaku perselisihan dalam sebutan maka ia ditulis menurut lahjah Quraisy.
  • Melupuskan mushaf-mushaf yang lain yang berada di tangan para sahabat dan naskah yang berada pada simpanan Saidina Hafsah bin Umar Al- khattab .(Mushaf zaman Saidina Abu Bakar)

Saturday, April 6, 2013

Rasm Al-Quran Menjana Penyatuan Ummah

 Sempena forum Rasm Uthmani dikalangan Guru-Guru Pendidikan Islam . Forum ini telah disampaika oleh :
Ybhg.Dato' Hj Mohamad Nor b. Mansor - Pengerusi Lajnah Tasheh Al-Quran KDN.
Ustaz Kadri  b. Abd Hamid - Panel Tasheh Al-Quran KDN.

PENGENALAN AL QURAN RASM UTHMANI
Al Quran Rasm uthmani yang kita tatap dan baca penulisannya adalah berdasarkan kaedah - kaedah yang tertentu dan terpelihara. Setiap orang yang hendak membaca Al- Quran  atau menulisnya perlu mengetahui kaedah-kaedah tersebut. Kaedah tersebut :

  • KAEDAH BACAAN
  •    Kaedah bacaan yang terdapat di dalam al-Quran dan sah bacaannya ialah sebanyak sepuluh jenis Qiraat tetapi bacaan yang muafakat dengan kaedah Resam Uthmani ialah bacaan riwayat Hafs bin Sulaiman bin Al Mungirah al-Asadi Al Kufi menurut qiraat Imam 'Asim bin Abi Abdul rahman Abdullah bin Habib As-Sulami.
  •  KAEDAH TULISAN
             Penulisan huruf-huruf Hijaiyah dan kaedahnya adalah bersumberkan dari apa dari apa yang telah diriwayatkan  oleh ulama ulama resam menurut  ( meshaf imam yang enam ) iaitu :
1.  Mushaf Al-Madani Alkhas.
2   Mushaf Al-Madani Al-Am
3   Mushaf Al-Makki
4   Mushaf Al-Kufi
5   Mushaf Al Basri
6   Mushaf As Syaami

  • KAEDAH TITIK DAN BARIS
         Kaedah ini dinamakan  kaedah ahli Masyariqah.


  • KAEDAH PENGIRAAN AYAT
       Kaedah  pengiraan ayat-ayat al-Quran adalah  berbeza-beza menurut ulama 'Adad.iaitu Al-Madani Al-awal , Al-Madani Thani , Al Makki , As-Syaami ,Al-Kufi ,Al-Himsi dan Al-Basri..  Kaedah pengiraan  yang dipakai khususnya di Malaysia, asia Tenggara dan kebanyakkan dunia -Arab menurut mushaf Al-kufi . Bilangan ayat-ayat al-Quran menurut Al-Kufi ialah sebanyak 6236 ayat..


  • KAEDAH PEMBAHAGIAN JUZU' HIZIB DAN RUBU'

     Al-Quran resam Othmani dan lainnya dibahagikan kepada tiga puluh juzu' , enam puluh hizib ,rubu'-rubu' dan sulus adalah berdasarkan kitan " Nazimatuzzuhri" , kitab " Tahqiqul Bayan " dan kitab " Irsyadul Qura' Wal Katibin " oleh Abu "Aziz Ridwan Al-Mukhallilaati.


  • KAEDAH PENENTUAN MAKKIAH DAN  MADANIAH
    al-Quran Al karim yang mengandungi  114 surah itu dibahagikan kepada 86 surah Makkiah dan 28 surah Madaniah.  Kaedah tersebut adalah berdasarkan nas-nas yang sahih yang dihimpun di dalam kitab-kitab qiraat dan tafsir.

  • KAEDAH WAQAF DAN TANDANYA
  • KETERANGAN TANDA-TANDA SUJUD DAN TEMPATNYA 
     Tanda-tanda sujud dan tempatnya adalah menurut kitab-kitab feqah dan hadis .
  • KAEDAH SAKTAH DAN TANDANYA
    Bacaan saktah yang terdapat di dalam a;-Quran resam Othmani Mushaf  Al-Kufi adalah menurut bacaan riwayat Hafs berdasrkan dan berpandukan kitab " As-Syatibiah ".  Kaedah sebutan saktah itu mestilah secara talaqqi dan mushafahah dari guru.

b

Monday, March 25, 2013

FORUM RASM UTHMANI DAN AKTA PENCETAKAN AL-QURAN

FORUM RASM UTHMANI DAN AKTA PENCETAKAN AL-QURAN 1986
GURU -GURU PENDIDIKAN ISLAM NEGERI PERLIS 2013.

Tajuk :  Akta Pencetakan Teks Al-Quran 1986

tarikh persetujuan Diraja - 7 Mei 1986 dan tarikh diterbitkan 15 Mei 1986.
Bidang kawalan ialah teks dan bahan Al-Quran dalam bahasa Arab.

Tujuan Akta diwujudkan untuk memastikan bahaw teks dan bahan Al-Quran yang dicetak, diterbit,diimport dan diedar dalam negara ini tidak mengandungi apa-apa kesalahan dan untuk menjaga kesucian Al-Quran .

Bentuk Rungutan dan aduanpada cetakan teks Al-Quran :
    - Ayat tidak bernombor
    - titik bertukar
    - Ayat tertinggal  dan kalimah terpisah
    - mengguna semula bahan buangan cetakan kalendar untuk dijadikan kulit Al-quran.
    - Perbezaan penulisan Al-Quran Di Zaman Sahabat dan sekarang.

Perlindungan Akta 326 Terhadap Al-Quran
Tafsiran :
    Teks Al-Quran - Teks Al-Quran 30 juzu'
                            - Teks Al-Quran bersama tafsir 30 juzu'
                            - satu juzu' Al-Quran.
   Bahan Al-Quran  - Beberapa surah pendek
   Petikan Al-Quran - Potongan ayat-Ayat Al-Quran.

' LAJNAH TAHSIN AL-QURAN' - ( Jawatankuasa Penyemakan al-Quran).
    - melaksanakan tugas semakan dan penelitian sesuatu teks Al-Quran . terdiri dari kalangan huffaz dan pakar dalam bidang al-Quran. mula fungsi pada 19 Mac 1988.
antara fungsinya :
- menyemak dan meneliti semua teks/bahan/petikan al-Quran yang dikemukakan..
- mengemukakan laporan semakan kepada Lembaga.
-memberi penjelasan mengenai hal ehwal al-Quran kepada

Thursday, March 14, 2013

Kursus Pengurusan Jenazah