Wednesday, August 4, 2010

Sambutan Isra' Mikraj Peringkat sekolah - 29 Rejab / 12 Julai 2010

 
Penceramah : Ustaz dr Jamnul Azhar


     Guru-guru dan pelajar khusyuk mendengar ceramah

INFO:
PERISTIWA ISRA' MIKRAJ

  • ISRA' - perjalanan Nabi Muhamad saw pada waktu malam  dari Masjidil Haram di Mekah ke masjidil Aqsa di Baitul Maqdis Palestin.
  • Mikraj -  perjalanan Nabi dari Masjidil Aqsa ke Sidratul Muntaha.
  • Peristiwa ini berlaku pada 27 rejab , 11 tahun selepas kerasulan Nabi.

PERISTIWA DI SEPANJANG ISRA'

     Antara beberapa  kejadian yang telah disaksikan oleh Nabi sepanjang perjalanan tersebut :

  1. Rasulullah saw dikejar Jin Afrit dengan membawa obor api sehingga  menggerunkan baginda . Setelah membaca ayat Quran yang diajar oleh Jibril . jin tersebut tersungkur dan obor itu padam.
  •        Pengajaran :  seorang yang berjuang pada jalan Allah swt selalunya akan menghadapi rintangan bagi menggagalkan usaha tersebut tetapi semangat juang yang tinggi serta keikhlasan seseorang itu akan berjaya mengatasinya.
  • syaitan yang telah membuat ikrar dan janji bagi menyesat dan menggoda setiap muslim.

  2.     Rasulullah  saw bertemu sekumpulan petani sedang bercucuk tanam , sejurus itu dapat menuai buahnya, kemudian pokok yang sudah dituai mengeluarkan buahnya lagi , demikian seterusnya ..

  •      Pengajaran : Gambaran umat Muhamad yang suka membelanjakan hartanya pada jalan Allah swt akan diberi pahala tujuh ratus kali ganda.
  •      Allah swt tidak mensia-siakan orang yang melakukan kebajikan . Mereka diberi balasan setimpal dengan usaha yang dilakukan.
   3.   Rasulullah saw melihat segolongan manusia yang sedang menghantuk kepala mereka ke batu hingga pecah dan berdarah.
  •     Pengajaran :  Gambaran umat Muhamad yang suka menangguh - nangguhkan sembahyang dan menunaikannya dalam keadaan berat dan malas.

   4.     Rasulullah saw melihat segolongan manusia yang sedang makan daging mentah dan busuk pada hal disisi mereka ada daging baik , bersih dan sudah di masak.
  •      Pengajaran :  Gambaran menunjukkan orang lelaki yang mempunyai isteri yang halal , tetepi isteri tersebut ditinggalkan dan dia mencari wanita lain yang haram untuk tidur bersamanya. demikian juga isteri.
 5.  Rasulullah saw melihat orang berenang dalam lautan darah sambil menelan batu neraka yang dicampak kepada mereka.
  •      Pengajaran :  Amalan riba dilarang keras oleh Islam kerana ia adalah punca penindasan dan kezaliman dalam masyarakat.

No comments:

Post a Comment

Kursus Pengurusan Jenazah