Saturday, May 22, 2010

Sambutan Hari Guru - Peringkat Sekolah

'GURU PEMBINA NEGARA BANGSA'  
    Tanggal 16 Mei setiap tahun ,berbagai aktiviti dirancang untuk mengingati setiap pengorbanan  dan jasa guru-guru mendidik , mengajar,membimbing pelajar setiap masa dan ketika.... Justeru itu , ikhlaskan hati setiap langkahmu ...moga Allah memberkati dan merahmati ilmu yang dicurahkan , bakti yang ditaburkan saban masa . Doa dipanjatkan setiap masa agar di beri kekuatan mengharungi cabaran dan mehnah dalam membentuk dan melahirkan insan cemerlang dunia dan akhirat.

      Perasmian sambutan Hari Guru oleh Pengetua SMVA En Ahmad b. Che Abdullah .


   Antara aktiviti yang dijalankan - guru bersama murid                   
  •  bowling padang
  • futsal
  • acara kerusi panas
  • permainan congkak
  • acara makan epal... dll
    tak kisah siap menang , yang penting kerjasama dan seronok...

  ps : Ikhlaskan hati setiap amalan , pasakkan keyakinan setiap masa kepada Allah. moga setiap usaha  kita menjadi ibadah di sisi -Nya. Amin..

           Guru oh Guru

Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.


Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.


Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetlaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.


Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.


Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakill seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.



Usman Awang

1979

No comments:

Post a Comment

Kursus Pengurusan Jenazah