musim mempelam harum manis sudah tiba. kalau nak tau musim mempelam ini hanya setahun sekali saja.kalau nak cuba boleh pergi terus ke gerai pulut yang dimakan dengan harum manis.
yang terletak di Batu Pahat, Perlis.
Monday, April 29, 2013
Peperiksaan Semester 3 Kolej Vokasional Arau
Pentaksiran Pusat Semester 3 telah mula 22 - 26 April 2013.
29 /4/2013 peperiksaan amali mengikut kursus KV. masa yang sama juga berlangsung sidang amali untuk Pendidikan Islam.
Selamat Berjaya untuk semua pelajar KV.
29 /4/2013 peperiksaan amali mengikut kursus KV. masa yang sama juga berlangsung sidang amali untuk Pendidikan Islam.
Selamat Berjaya untuk semua pelajar KV.
Wednesday, April 24, 2013
Aktiviti Kolej Vokasional Arau
Jamuan Mesra & Perasmian VOKTEK oleh Tn Hj Ahmad Tajudin b. Jab
19 April 2013
Tahniah kepada semua warga KV .
Selamat Ulangtahun kelahiran .Didoakan panjang usia dalam rahmat Allah ,dimurahkan rezeki serta mendapat keberkatan dunia & akhirat.
19 April 2013
Tahniah kepada semua warga KV .
Selamat Ulangtahun kelahiran .Didoakan panjang usia dalam rahmat Allah ,dimurahkan rezeki serta mendapat keberkatan dunia & akhirat.
Tuesday, April 9, 2013
TAHAP PENULISAN AL-QURAN
Tahap Pertama
Penulisan di zaman Nabi Muhammad s.a.w
Penulisan di zaman Nabi Muhammad s.a.w
- Ditulis dan dihafaz oleh para sahabat.
- tiada sebarang titik dan baris serta tanda-tanda yang lain.
Tahap Kedua
Penulisan dan pengumpulan di zaman Saidina Abu Bakar as-Siddiq
- dikumpul dan ditulis di atas lembaran-lembaran oleh Zaid bin thabit.
- sempurna keseluruhan al-Quran.
- Tiada sebarang titik dan baris serta lain-lain tanda bacaan.
Tahap Ketiga
Penulisan dan pengumpulan di zaman Saidina uthman bin Affan r.a.
- disalin dari mushaf asal di tangan saidatina hafsah binti Umar r.ah.
- Disalin dengan beberapa salinan menurut qiraat.
- Diutus ke negeri-negeri beserta guru (qari) yang mengajarkan bacaannya.
- Dilupuskan mushaf-mushaf yang lain dengan persetujuan sahabat.
- Tiada sebarang titik dan baris serta lain-lain bacaan
Tahap Keempat
Penulisan di zaman daulah Umaiyah .
- Diperindahkan khas supaya mudah dibaca.
- diberkan tanda baris (نقط الأعراب) dalam bentuk titik.
- Diusahakan oleh Abu Aswad Ad-Duali pada zaman Khalifah Marwan bin Al-Hakam. (wafat tahun 69 Hijrah)
- Memudahkan pembaca di kalangan orang-orang arab dari tersalah baris.
Tahap Kelima
Penulisan di zaman Daulah Abbasiah.
- Diperindahkan Khat dengan lebih halus dan mudah dibaca.
- Diberikan tanda titik (نقط الأعجام) bagi membezakan huruf yang sama pada khat.
- Diusahakan oleh Yahya bin Ya'mar dan asim bin al-Laisy.
- arahan meletakkan tanda titik oleh Gabenor Iraq iaitu Al-Hajjaj bin Yusof Al-Thaqafi.
- Memudahkan ia dibaca oleh orang Arab dan A'jam (seluruh bangsa).
- Diubah tanda baris yang berbentuk titik kepada harakah (memanjang) yang dipelopori oleh Al-Khalil bin Ahmad Al-Farashidi pada zaman Daulah Abbasiah semasa pemerintahan Khalifah Abdul Malik bin marwan.
Sunday, April 7, 2013
TATACARA SAIDINA UTHMAN R.A DALAM USAHA PENULISAN MUSHAF
- Penyeliaan di bawah seliaan beliau sendiri dan di kalangan para sahabat terbilang dari kalangan Muhajirin dan Ansar.
- jurutulis tidak menulis sesuatu melainkan setelah ditunjuk terlebih dahulu kepada para sahabat bagi memastikan kebenarannya.
- Ayat=ayat yang telah dimansuhkan bacaannya atau tidak dibaca pada semakan terakhir baginda Rasulullah s.a.w. dengan Jibril a.s. tidak akan ditulis.
- Beberapa mushaf telah ditulis dan disalin menurut wajah qiraat serta diutus ke negeri=negeri dengan guru yang mengajarkannya.
- Jika berlaku perselisihan dalam sebutan maka ia ditulis menurut lahjah Quraisy.
- Melupuskan mushaf-mushaf yang lain yang berada di tangan para sahabat dan naskah yang berada pada simpanan Saidina Hafsah bin Umar Al- khattab .(Mushaf zaman Saidina Abu Bakar)
Saturday, April 6, 2013
Rasm Al-Quran Menjana Penyatuan Ummah
Sempena forum Rasm Uthmani dikalangan Guru-Guru Pendidikan Islam . Forum ini telah disampaika oleh :
Ybhg.Dato' Hj Mohamad Nor b. Mansor - Pengerusi Lajnah Tasheh Al-Quran KDN.
Ustaz Kadri b. Abd Hamid - Panel Tasheh Al-Quran KDN.
PENGENALAN AL QURAN RASM UTHMANI
Al Quran Rasm uthmani yang kita tatap dan baca penulisannya adalah berdasarkan kaedah - kaedah yang tertentu dan terpelihara. Setiap orang yang hendak membaca Al- Quran atau menulisnya perlu mengetahui kaedah-kaedah tersebut. Kaedah tersebut :
Al-Quran resam Othmani dan lainnya dibahagikan kepada tiga puluh juzu' , enam puluh hizib ,rubu'-rubu' dan sulus adalah berdasarkan kitan " Nazimatuzzuhri" , kitab " Tahqiqul Bayan " dan kitab " Irsyadul Qura' Wal Katibin " oleh Abu "Aziz Ridwan Al-Mukhallilaati.
b
Ybhg.Dato' Hj Mohamad Nor b. Mansor - Pengerusi Lajnah Tasheh Al-Quran KDN.
Ustaz Kadri b. Abd Hamid - Panel Tasheh Al-Quran KDN.
PENGENALAN AL QURAN RASM UTHMANI
Al Quran Rasm uthmani yang kita tatap dan baca penulisannya adalah berdasarkan kaedah - kaedah yang tertentu dan terpelihara. Setiap orang yang hendak membaca Al- Quran atau menulisnya perlu mengetahui kaedah-kaedah tersebut. Kaedah tersebut :
- KAEDAH BACAAN
- Kaedah bacaan yang terdapat di dalam al-Quran dan sah bacaannya ialah sebanyak sepuluh jenis Qiraat tetapi bacaan yang muafakat dengan kaedah Resam Uthmani ialah bacaan riwayat Hafs bin Sulaiman bin Al Mungirah al-Asadi Al Kufi menurut qiraat Imam 'Asim bin Abi Abdul rahman Abdullah bin Habib As-Sulami.
- KAEDAH TULISAN
Penulisan huruf-huruf Hijaiyah dan kaedahnya adalah bersumberkan dari apa dari apa yang telah diriwayatkan oleh ulama ulama resam menurut ( meshaf imam yang enam ) iaitu :
1. Mushaf Al-Madani Alkhas.
2 Mushaf Al-Madani Al-Am
3 Mushaf Al-Makki
4 Mushaf Al-Kufi
5 Mushaf Al Basri
6 Mushaf As Syaami
Kaedah pengiraan ayat-ayat al-Quran adalah berbeza-beza menurut ulama 'Adad.iaitu Al-Madani Al-awal , Al-Madani Thani , Al Makki , As-Syaami ,Al-Kufi ,Al-Himsi dan Al-Basri.. Kaedah pengiraan yang dipakai khususnya di Malaysia, asia Tenggara dan kebanyakkan dunia -Arab menurut mushaf Al-kufi . Bilangan ayat-ayat al-Quran menurut Al-Kufi ialah sebanyak 6236 ayat..1. Mushaf Al-Madani Alkhas.
2 Mushaf Al-Madani Al-Am
3 Mushaf Al-Makki
4 Mushaf Al-Kufi
5 Mushaf Al Basri
6 Mushaf As Syaami
- KAEDAH TITIK DAN BARIS
Kaedah ini dinamakan kaedah ahli Masyariqah.
- KAEDAH PENGIRAAN AYAT
- KAEDAH PEMBAHAGIAN JUZU' HIZIB DAN RUBU'
Al-Quran resam Othmani dan lainnya dibahagikan kepada tiga puluh juzu' , enam puluh hizib ,rubu'-rubu' dan sulus adalah berdasarkan kitan " Nazimatuzzuhri" , kitab " Tahqiqul Bayan " dan kitab " Irsyadul Qura' Wal Katibin " oleh Abu "Aziz Ridwan Al-Mukhallilaati.
- KAEDAH PENENTUAN MAKKIAH DAN MADANIAH
al-Quran Al karim yang mengandungi 114 surah itu dibahagikan kepada 86 surah Makkiah dan 28 surah Madaniah. Kaedah tersebut adalah berdasarkan nas-nas yang sahih yang dihimpun di dalam kitab-kitab qiraat dan tafsir.
- KAEDAH WAQAF DAN TANDANYA
- KETERANGAN TANDA-TANDA SUJUD DAN TEMPATNYA
Tanda-tanda sujud dan tempatnya adalah menurut kitab-kitab feqah dan hadis .
- KAEDAH SAKTAH DAN TANDANYA
Bacaan saktah yang terdapat di dalam a;-Quran resam Othmani Mushaf Al-Kufi adalah menurut bacaan riwayat Hafs berdasrkan dan berpandukan kitab " As-Syatibiah ". Kaedah sebutan saktah itu mestilah secara talaqqi dan mushafahah dari guru.
b
Subscribe to:
Posts (Atom)












