Monday, February 25, 2013

munaqasyah ilmiah bersama pengarang buku : sifat Mahmudah Calon Ahli Jannah

Jemputan seluruh guru Pendidikan Islam , B Arab dan J qaf  menghadiri munaqasyah ilmiah buku Sifat Mahmudah Calon Ahli Jannah bersama pengarangnya : Syekh Zainal Asri b. Hj Romli.
Antara kandungan buku ini :


  1. Penuhi Hidup dengan amal ibadah
  2. Suburkan rasa dekat dengan Tuhan
  3. Mencegah Mungkar
  4. Sabar - kisah saidina Ali dengan hambanya dan peristiwa pembukaan kota Mekah.
  5. Nafkah di jalan Allah
  6. Keikhlasan beramal
  7. Qanaah - menerima dengan redha apa yang ditakdirkan oleh Allah.             - memohon kepada Allah segala kebaikan  dan berusaha mendapatkannya
  8. Istghfar - kisah daelam Surah Abasa
  9. Memberi lebih baik daripada menerima
  10. Kesempurnaan iman
  11. Titik-titik dosa - kisah Abu Talib.
  12. Ujian kesabaran
  13. Tawadhuk dan rendah diri
  14. Tawadhuk Rasulullah
  15. Manusia yang diharamkan daripada neraka
  16. Mengutamakan Akhirat
  17. Hiasi diri dengan sifat malu
  18. Adab ziarah makam Nabi Muhammad SAW

Wednesday, November 14, 2012

Pendidikan Islam 1223/1 & 1223/2

Ustazah doakan moga calon SPM  dapat menjawab dengan baik.Bagi calon Thn 1 Kv peperiksaan Semester 2 akan bersambung dengan amali setiap subjek bengkel dan amali Pendidikan Islam dan Sains . teruskan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan ...


doa akhir tahun dan awal tahun : Maal Hijrah


Doa Akhir Tahun

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib

Dengan izin Allah, sesiapa yang membaca doa ini akan mendapat Perlindungan Allah SWT dari fitnah dan tipu daya syaitan serta mendapat setahun keampunan dosa yang lalu.


Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam, ahli keluarga, dan sahabat-sahabatnya. 

Ya Allah, telah berlalu setahun dalam hidup kami. Sesungguhnya Engkau telah menganugerahkan kami nikmat-Mu yang tidak dapat kami menjangkau kehebatannya. Engkau telah memelihara kami daripada keburukan yang tidak mampu kami menolaknya. Kami telah melakukan dalam tahun tersebut perbuatan dan amalan yang Engkau Maha mengetahui baik dan buruknya. 

Ya Allah, sekiranya amalan tersebut bersesuaian dengan ketetapan-Mu, terimalah dan catatkannya sebagai amalan soleh kami di sisi-Mu. Dan sekiranya amalan tersebut berbaur dengan sifat riya', ujub, dan menunjuk-nunjuk atau kami lakukan perilaku dosa, kesalahan dan keinginan yang buruk, maka kami pohon pengampunan-Mu dan tutupilah segala keaiban dan kesalahan. Kurniakanlah ke atas kami kelebihan dan keluasan sifat pemurah-Mu. Itulah kemuncak permintaan dan doa kami. 

Ya Allah, sesungguhnya telah datang kepada kami tahun baru setelah kami meninggalkan tahun ini sebentar nanti, kami tidak tahu apakah yang terkandung dalam pengetahuan-Mu mengenai diri kami. Kami jahil ke mana arahnya penghidupan kami di alam maya ini. Harapan kami agar Engkau membuka lembaran tahun baru ini pintu taubat yang jujur dan tulus untuk kami, yang tidak berakhir dengan kekufuran dan kesesatan. Dan Engkau kurniakan taufiq kepada kami pada tahun ini untuk melakukan amalan-amalan soleh yang Engkau redai, kehidupan yang murni yang Engkau rahmati. 

Ya Allah, peliharalah anggota kami agar melakukan ketaatan kepada-Mu. Peliharalah hati kami agar dipenuhi dengan kecintaan. Lapangkan hati kami agar dapat kami mendekati-Mu seperti mana Engkau telah lapangkan hati hamba-hamba-Mu yang soleh. Jadikan kami di antara orang-orang yang menepati janji dalam menjalankan hak. Jadikan kehidupan kami sebagai saksi yang benar terhadap setiap amalan seperti mana yang Engkau syariatkan kepada kami, Wahai Tuhan Yang Maha Pemurah, Yang Maha Penganugerah.


Doa Awal Tahun

Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam 1 Muharram 1434H.

Barangsiapa membaca doa ini sebanyak 3 kali selepas solat rowatib ba’diyyah Maghrib pada malam tanggal 1 Muharram, Allah akan memerintahkan 2 malaikat untuk melindunginya daripada fitnah dan tipu daya syaitan selama setahun yang mendatang.



Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam, ahli keluarga, dan sahabat-sahabatnya. 

Ya Allah, kami menadah tangan kepada-Mu pada waktu malam dan siang dalam keadaan kami bertawassul dengan nama-nama Mu, dalam keadaan kami mengharapkan gedung rahmat yang sarat di samping Mu. Dan dalam keadaan kami cinta sesungguhnya kepada-Mu dan cinta apa yang menghiasi kebesaran-Mu.

Ya Allah, Ya Rabbul Jalil. Dengan sunnah-Mu menjelang kini tahun baru yang telah Engkau tentukan mengikut qada dan qadar di Loh Mahfuz-Mu. Kami meredahnya di bawah Iradah dan Qudrat-Mu. Sebagai makhluk-Mu yang sentiasa mencari keredaan-Mu. Kehadiran tahun baru ini, memungkinkan kami menadah tangan memohon rahman-Mu, kami pertautkan permohonan kami sekental-kentalnya kepada Mu. Kami mengharap perdampingan taufik dan hidayah-Mu yang telah Engkau berikan kepada kami pada masa-masa yang lalu sepanjang usia kami. Engkau sempurnakan perlindungan dan pemberian-Mu yang begitu melimpah kepada kami. Jadikanlah diri kami, hati kami serta seluruh anggota badan kami jati kekuatan, sepertimana Engkau berikan kepada hamba-hamba Mu yang terpilih. Supaya kekuatan ini dapat kami gunakannya sebagai pelindung daripada segala kemungkaran, sama ada yang zahir atau yang batin. Dan dengannya kami dapat kelapangan pemikiran, keindahan kehidupan, kekuatan dalam keyakinan, ketetapan dalam pegangan agama, dan kebaikan untuk diri kami dan orang-orang sekitar kami. 

Ya Allah, hindarkan kami daripada segala yang merungsingkan, pemikiran yang membingungkan, pengalaman yang menyedihkan dan menyempitkan dada kami. Kurniakan kepada kami keselamatan dalam pemeliharaan-Mu yang dapat melindung kami dari sebarang kejahatan, keburukan dan kerunsingan. 

Ya Allah, rahmatilah permintaan kami, terimalah kepasrahan diri kami kepada-Mu, Wahai Penolong hamba yang meminta pertolongan, tolonglah kami. Wahai Pencegah kemusnahan, hindarilah kami dari kemusnahan dan keporak-perandaan. 

Ya Rahman Ya Rahim! Jadikanlah lipatan tahun baru ini pembuka bagi kejayaan, ketenangan yang menyeluruh untuk kami dan kaum Muslimin keseluruhannya memelihara agama-Mu. Hamparkan di dalamnya hamparan rahmat-Mu sepertimana Engkau berikan kepada hamba-hamba Mu yang terpilih. Rahmat yang dapat menghindarkan segala kepayahan dan kerunsingan. 

Ya Allah, kekalkanlah tahun-tahun yang akan datang dalam hidup kami dengan catatan kegembiraan, kebahagian dan kelapangan, supaya kami dapat rasakan dalam detik hidup kami kenikmatan yang ada padanya. 

Ya Allah, jadikanlah tahun yang akan datang, semulia-mulia tahun yang Engkau berkati ke atas kami. Jadikanlah kami orang yang paling bahagia bersama-Mu. 

Ya Allah, ampunkanlah segala kesalahan kami, dan terimalah kebaikan kami, berkatilah masa, waktu dan segala gerak-geri kami. Wassallalahu Ala Sayyidina Muhammad wa Ala Aalihi wa Sahbihi Wassalam.



Friday, October 19, 2012

Peperiksaan SPM dan Kolej Vokasional

Peperiksaan sudah begitu hampir...pelbagai Program Kecemerlangan Akademik telah dijalankan . Kami barisan guru-guru sentiasa berusaha untuk kecemerlangan pelajar .Diharap pelajar juga hendaklah berusaha bersungguh-sungguh tanpa jemu , walaupun pahit dilalui sekarang ,mudah-mudahan akan menghasilkan kejayaan untuk semua pelajar. Amin...

Saturday, September 22, 2012

Kolej Vokasional Arau - Rintis

Sekolah Menengah Vokasional telah dipilih menjadi rintis Kolej Vokasional pada 1 Januari 2012.





Saturday, April 30, 2011

Buletin an-Nur- Masa yang berkualiti

Daripada Abdullah bin Abbas , Nabi s.a.w bersabda :


“ Rebutlah lima perkara sebelum lima perkara :

- Muda sebelum tua
- Sihat sebelum sakit
- Kaya sebelum miskin
- Kelapangan sebelum sibuk
- Hidup sebelum mati .

     Tafsiran hadis di atas menjelaskan tentang pengurusan masa amat penting dalam kehidupan manusia. Insan yang membazir masa, samalah seperti ia membazirkan usianya. Setiap detik masa akan terus berlalu ,tiada siapa yang mampu menahan, menangguh atau mempercepatkan perjalanannya.

    Manusia dan masa mempunyai kaitan yang rapat. Rasulullah s.a.w. menekankan lima kesempatan utama dalam kehidupan seorang muslim Kesempatan tersebut adalah peluang yang amat berharga dalam hidup setiap muslim. Peluang itu ialah :

Perkara Peluang / Nikmat

Muda sebelum tua    -      Usia
Sihat sebelum sakit    -     Kesihatan
Kaya sebelum miskin  -    Harta
Kelapangan sebelum sibuk - Kelapangan
Hidup sebelum mati       -      Kehidupan.

 
Pelajar dan remaja hari ini adalah pemimpin masa hadapan. Pergunakanlah usia remaja ini dengan sebaik- baiknya. Usaha gigih semasa menuntut ilmu, perlu dijadikan budaya hidup dalam diri setiap murid. Dengan memguasai pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran , kita akan dapat membangun umat dan Negara yang cemerlang . Untuk itu pelajar perlu :


• Memiliki kekuatan diri , mental dan rohani.
• Keimanan yang mantap agar dapat menangkis cabaran dan dugaan.
• Binalah akhlak yang mulia.

Saturday, April 9, 2011

Maulidur rasul 1432h /2011

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat sekolah
14 Februari 2011
8.30 pagi
Penceramah : Tn Hj Huzilli [unimap]

catatan penting :
  • kewajipan Solat ke atas setiap muslim.
  • bina roh solat dalam setiap individu .
  • solat yang sering diabaikan dan lalai ketika mengerjakannya.
  • Peranan setiap pendidik membina roh solat dalam jiwa pelajar.
persoalannya : Bagaimanakah kepercayaan kepada Allah ini boleh menimbulkan rasa takut dan cinta kepada-Nya?





Kursus Pengurusan Jenazah