4 FEBRUARY RIWAYAT HIDUP IBNU SINA DAN SUMBANGANNYA DALAM TAMADUN ISLAM
Posted by Hazlin Amyrul RIWAYAT HIDUP IBNU SINA DAN SUMBANGANNYA DALAM
TAMADUN ISLAM Ibnu Sina dilahirkan pada tahun 370 Hijrah bersamaan 980
Masihi di Afsyanah, Bukhara, Turkistan. Nama sebenarnya ialah Al-Husain
bin Abdullah bin Al-Hasan bin Ali bin Sina. Beliau mula mempelajari
al-Quran semenjak berumur 5 tahun. Beliau menghafaz al-Quran ketika
berusia 10 tahun. Ibnu Sina mula belajar sendiri setelah berusia enam
belas tahun. Beliau sangat menyenangi ilmu kedoktoran dan metafizik.
Dalam sekitar satu hingga lima tahun, beliau telah dikenal sebagai ahli
falsafah dan doktor di Bukhara. Ibnu Sina mula menjadi doktor ketika
berusia 18 tahun. Ibnu Sina mula dikenali ramai setelah berjaya
menyembuhkan Nuh bin Mansur, salah seorang pemimpin Dinasti Samaniyah.
Pada Dinasti Hamdani, beliau dilantik sebagai menteri sebanyak dua
kali. Kerana terlibat dalam persoalan politik, dia dipenjarakan dan
dipecat daripada kedudukannya sebagai menteri. Ibnu Sina banyak menulis
karya, hampir 200 buah karya. Karya beliau yang terkenal ialah al-Qanun
Fit Tib (diterjemahkan dengan judul Canon of Medicine), karya ini
menjadi rujukan universiti terkemuka di dunia. Ibnu Sina banyak memberi
sumbangan kepada tamadun Islam. Ibnu Sina meninggal dunia pada tahun
428 Hijrah bersamaan dengan tahun 1037 Masihi di Hamadan. Secara
keseluruhannya, Ibnu Sina merupakan seorang yang berinovatif. Ini
dibuktikan dengan beliau banyak melakukan penyelidikan dan menghasilkan
karya dalam pelbagai bidang ilmu terutama dalam bidang perubatan.
Selain itu, Ibnu Sina adalah seorang yang pintar dan taat kepada Allah.
Beliau adalah seorang yang tidak mengenal putus asa, kreatif, gigih dan
tabah dan tekun dalam menerokai dan menguasai pelbagai jenis ilmu
khususnya ilmu perubatan. Beliau juga seorang yang tekun dalam
mempelajari ilmu. Oleh itu, kita sebagai umat Islam haruslah mempunyai
semangat berusaha dan jangan mudah putus asa seperti Ibnu Sina. Ibnu
Sina lebih dikenali di Barat dengan nama Avicenna mempunyai nama penuh
Al-Husain bin Abdullah bin Al-Hasan bin Ali bin Sina. Beliau merupakan
seorang yang berbangsa Parsi dan dilahirkan di Afsyanah, Bukhara pada
980 Masihi. Bapa kepada Ibnu Sina merupakan seorang gabenor pada masa
Kerajaan Samaniyah (819M – 1005M). Selepas bapanya meninggal pada tahun
390 Hijrah bersamaan dengan tahun 390 Hijrah bersamaan dengan 1000
Masihi, Ibnu Sina berpindah ke Khawarizm, Jurjan, Rai, dan Hamadan.
Pendidikan awal Ibnu Sina pada masa kanak-kanaknya ialah al-Quran dan
sastera yang dipelajarinya secara persendirian. Ibnu Sina mula belajar
menghafal al-Quran ketika berusia 5 tahun. Beliau sudah menguasai
tasawuf, fikah, tafsir, dan usuludin ketika berusia 10 tahun. Beliau
telah menuntut dengan Abu Abdullah an-Natli yang mengajarnya al-Quran,
fikah, mantik, ilmu hisab, sains, fizik, dan kaji bintang. Beliau
menelaah falsafah, politik dan logik, matematik, fizik, politik dan
kedoktoran hingga berusia 16 tahun. Ibnu Sina sangat meminati ilmu
kedoktoran dan metafizik. Dalam sekitar satu hingga lima tahun, beliau
telah dikenal sebagai ahli falsafah dan doktor di Bukhara. Ibnu Sina
mula menjadi doktor ketika berusia 18 tahun. Beliau berjaya
menyembuhkan Nuh bin Mansor, pemerintah Kerajaan Samaniyah dan semenjak
itu beliau dilantik menjadi doktor istana. Pelantikan tersebut
merupakan suatu peluang keemasan kerana beliau telah diberi kebebasan
menggunakan perpustakaan istana yang sangat kaya dengan beraneka jenis
buku. Beliau mengambil kesempatan dengan membaca, merujuk dan menghafal
buku-buku penting di perpustakaan. Pembesar negeri lain seperti Ratu
Sayyidah dan Sultan Majdud dari Rayy, Syamsu Dawla dari Hamadan, dan
Alaud Dawla dari Isfahan juga pernah mengundangnya. Ibnu Sina digelar
al-Syeikh al-Ra’is iaitu guru para raja. Dalam bidang kedoktoran,
beliau digelar “pangeran para doktor” dan “raja ubat”. Dalam dunia
Islam beliau dianggap sebagai puncak ilmu kedoktoran. Ibnu Sina pernah
dilantik menjadi menteri sebanyak dua kali. Disebabkan Ibnu Sina
terlibat dalam persoalan politik, dia dipecat dan dipenjarakan daripada
kedudukannya sebagai menteri. Dalam tempoh Ibnu Sina dipenjara, beliau
sempat menulis 3 buah buku. Ibnu Sina banyak meninggalkan karya yang
ditulis beliau, semuanya tidak kurang 200 buah, kebanyakan berbahasa
Arab dan Parsi. Salah satu karya terbesar Ibnu Sina ialah al-Qanun Fii
al-Tibb (peraturan kedoktoran). Di Eropah dan China buku ini sudah lama
menjadi rujukan kedoktoran. Al-Qanun Fii al-Tibb diterjemahkan dengan
judul Canon of Medicine digunakan sebagai rujukan utama dalam bidang
perubatan di seluruh pusat pengajian Barat termasuk Universiti Franfurt
di Jerman, Universiti Paris di Perancis, dan Universiti Oxford di
England. Di dalam buku al-Qanun Fii al-Tibb karya Ibnu Sina dinyatakan
bahawa “darah mengalir terus-menerus dalam satu kitaran dan tidak
pernah berhenti”. Karya lain Ibnu Sina ialah al-Syifa (18 Jilid), iaitu
tentang psikologi, pertanian, retorika dan syair; al-Rasa’il, iaitu
tentang biologi, fizik, astronomi, psikologi, etika dan teologi;
Al-Insyarah wa al-Tanbihat, tentang ketuhanan serta kemurnian hidup;
dan Risalah al ‘Isyqa tentang kerinduan Ibnu Sina kepada Tuhan. Sewaktu
Ibnu Sina berusia 21 tahun, beliau mula menulis karyanya yang pertama
yang berjudul "Al-Majmu" di Kawarazm yang mengandungi berbagai ilmu
pengetahuan yang lengkap. Kemudian beliau meneruskan menulis buku-buku
lain. Nama-nama buku yang pernah dikarang Ibnu Sina, termasuk yang
berbentuk risalah ukuran kecil, dimuat dan dihimpun dalam satu buku
besar yang berjudul "Essai de Bibliographie Avicenna" yang dihasilkan
oleh Pater Dominican di Kairo. Antara yang terkandung dalam buku
tersebut termasuklah buku karangan yang amat terkenal iaitu Al-Qanun
Fit – Tibb. Ibnu Sina memiliki pemikiran yang mendalam. Beliau
menafsirkan ayat al-Quran untuk mendukung falsafahnya. Seperti
al-Farabi iaitu ahli falsafah dari Turkistan, Ibnu Sina mengakui bahawa
alam diciptakan secara emanasi yakni memancar dari Tuhan. Ibnu Sina
juga mengemukakan pemikiran falsafah tentang jiwa (al-nafs) dan
kenabian. Ibnu Sina berpendapat bahawa nabi adalah manusia yang
terunggul dan pilihan Tuhan. Ahli falsafah hanya menerima ilham,
sedangkan nabi menerima wahyu. Oleh itu, ajaran nabi haruslah menjadi
pedoman hidup manusia di muka bumi. Ibnu Sina banyak menyumbang dalam
tamadun Islam terutamanya dalam bidang perubatan. Kebijaksaan Ibnu Sina
dalam bidang perubatan mendapat pengiktirafan dunia. Ibnu Sina berjaya
melakukan beberapa pencapaian dalam perubatan iaitu pertama, penemuan
penyakit baru serta puncanya. Antara penemuan penyakit yang dikaji oleh
Ibnu Sina ialah pengaruh kuman dalam penyakit, jangkitan virus seperti
Tibi (TB), dan penyakit seperti rubella, alahan (allergy), cacar
(smallpox), penyakit jiwa dan sebagainya. Kedua, Ibnu Sina mengkaji
dalam bidang farmasi dan beliau dapat menghasilkan ubat yang mujarab
untuk pelbagai jenis penyakit. Selain itu, beliau juga menemui untuk
ubat bius. Ketiga, Ibnu Sina membangunkan teknologi perubatan dengan
mencipta benang khusus untuk menjahit luka pembedahan dan mencipta
picagari dan lain-lain. Terdapat banyak lagi penemuan dan teori
perubatan yang dikemukakan oleh Ibnu Sina dalam karya-karyanya. Kesan
peninggalan Ibnu Sina dalam bidang ilmu perubatan telah berjaya
menggilap kembali bidang perubatan yang kian malap pada masa itu.
Beliau melakukan metode pemerhatian (observation) dan analisis.
Berdasarkan metode ini, ilmu perubatan berkembang maju hingga ke hari
ini. Ibnu Sina telah menulis buku berjudul Remedies for the Heart yang
mengandungi sajak-sajak perubatan. Ibnu Sina banyak membuat analisis
tentang pelbagai penyakit dan menyenaraikan lebih kurang 760 jenis
penyakit serta kaedah merawatnya. Penyelidikan dan penulisan Ibnu Sina
banyak mempengaruhi perkembangan ilmu perubatan moden. Ibnu Sina juga
banyak telah menyumbang ilmu dan pemikiran. Ibnu Sina telah
menghasilkan 116 karya dalam bidang falsafah, mantik, matematik,
astronomi, kimia, fizik, biologi dan sains politik. Buku-buku tersebut
telah dihimpun oleh Domonican Institute for Oriental Studies di
Kaherah, Mesir. Pada 1950 Masihi ia telah diterjemahkan ke dalam bahasa
Arab dan dinamakan Muallafat Ibni Sina (karya-karya Ibnu Sina). Jasa
Ibnu Sina dihargai hingga ke hari ini. Sebuah universiti pendidikan di
Hungary telah mengambil nama sempena nama beliau iaitu Avicenna College
(Kolej Ibnu Sina). Ibnu Sina meninggal pada usia 58 tahun dalam suatu
perjalanan bersama raja Isfahan, lalu dimakamkan di Hamadan. Kehilangan
Ibnu Sina merupakan kehilangan yang sangat besar kepada umat Islam
terutama dari segi il
No comments:
Post a Comment