Ybhg.Dato' Hj Mohamad Nor b. Mansor - Pengerusi Lajnah Tasheh Al-Quran KDN.
Ustaz Kadri b. Abd Hamid - Panel Tasheh Al-Quran KDN.
PENGENALAN AL QURAN RASM UTHMANI
Al Quran Rasm uthmani yang kita tatap dan baca penulisannya adalah berdasarkan kaedah - kaedah yang tertentu dan terpelihara. Setiap orang yang hendak membaca Al- Quran atau menulisnya perlu mengetahui kaedah-kaedah tersebut. Kaedah tersebut :
- KAEDAH BACAAN
- Kaedah bacaan yang terdapat di dalam al-Quran dan sah bacaannya ialah sebanyak sepuluh jenis Qiraat tetapi bacaan yang muafakat dengan kaedah Resam Uthmani ialah bacaan riwayat Hafs bin Sulaiman bin Al Mungirah al-Asadi Al Kufi menurut qiraat Imam 'Asim bin Abi Abdul rahman Abdullah bin Habib As-Sulami.
- KAEDAH TULISAN
Penulisan huruf-huruf Hijaiyah dan kaedahnya adalah bersumberkan dari apa dari apa yang telah diriwayatkan oleh ulama ulama resam menurut ( meshaf imam yang enam ) iaitu :
1. Mushaf Al-Madani Alkhas.
2 Mushaf Al-Madani Al-Am
3 Mushaf Al-Makki
4 Mushaf Al-Kufi
5 Mushaf Al Basri
6 Mushaf As Syaami
Kaedah pengiraan ayat-ayat al-Quran adalah berbeza-beza menurut ulama 'Adad.iaitu Al-Madani Al-awal , Al-Madani Thani , Al Makki , As-Syaami ,Al-Kufi ,Al-Himsi dan Al-Basri.. Kaedah pengiraan yang dipakai khususnya di Malaysia, asia Tenggara dan kebanyakkan dunia -Arab menurut mushaf Al-kufi . Bilangan ayat-ayat al-Quran menurut Al-Kufi ialah sebanyak 6236 ayat..1. Mushaf Al-Madani Alkhas.
2 Mushaf Al-Madani Al-Am
3 Mushaf Al-Makki
4 Mushaf Al-Kufi
5 Mushaf Al Basri
6 Mushaf As Syaami
- KAEDAH TITIK DAN BARIS
Kaedah ini dinamakan kaedah ahli Masyariqah.
- KAEDAH PENGIRAAN AYAT
- KAEDAH PEMBAHAGIAN JUZU' HIZIB DAN RUBU'
Al-Quran resam Othmani dan lainnya dibahagikan kepada tiga puluh juzu' , enam puluh hizib ,rubu'-rubu' dan sulus adalah berdasarkan kitan " Nazimatuzzuhri" , kitab " Tahqiqul Bayan " dan kitab " Irsyadul Qura' Wal Katibin " oleh Abu "Aziz Ridwan Al-Mukhallilaati.
- KAEDAH PENENTUAN MAKKIAH DAN MADANIAH
al-Quran Al karim yang mengandungi 114 surah itu dibahagikan kepada 86 surah Makkiah dan 28 surah Madaniah. Kaedah tersebut adalah berdasarkan nas-nas yang sahih yang dihimpun di dalam kitab-kitab qiraat dan tafsir.
- KAEDAH WAQAF DAN TANDANYA
- KETERANGAN TANDA-TANDA SUJUD DAN TEMPATNYA
Tanda-tanda sujud dan tempatnya adalah menurut kitab-kitab feqah dan hadis .
- KAEDAH SAKTAH DAN TANDANYA
Bacaan saktah yang terdapat di dalam a;-Quran resam Othmani Mushaf Al-Kufi adalah menurut bacaan riwayat Hafs berdasrkan dan berpandukan kitab " As-Syatibiah ". Kaedah sebutan saktah itu mestilah secara talaqqi dan mushafahah dari guru.
b
No comments:
Post a Comment