Tuesday, February 23, 2010

Salam maulidur Rasul 1431 H

Penceramah Jemputan;
Dr Jamnul Azhar sedang menyampaikan ceramah sempena
sambutan "Maulidur Rasul" peringkat sekolah.




Pelajar dan guru khusyuk mendengar ceramah.

Antara intisari ceramah :

  • Umat Islam hendaklah kembali berpegang teguh dengan syariat Islam yang telah disempurnakan oleh Nabi Muhamad S. a. w.
  • Pelajar disarankan sentiasa tingkatkan ilmu pengetahuan dan mendalami ajaran Islam seta menghayatinya dalam kehidupan seharian.
  • secebis cerita menarik - Dr Jamnul pernah bertanya kepada Dr Syeikh Muzaffar (angkasawan pertama) semasa beliau bersamanya di Palestin dalam misi kemanusiaan ..

' Mengapakah pentingnya bumi Palestin kepada orang Yahudi '

' sebenarnya setiap kapal angkasa yang akan pergi ke ISS atau kembali ke bumi ini mesti melalui ruang udara Palestin kerana hanya disitu terdapat satu pintu ( lubang ) yang dapat menembusi ke langit '. Jawab Dr Syeikh Muzafar .

Di sini dapat kita faham sebenarnya pintu itulah yang mula dilalui oleh Rasulullah s.a.w. semasa peristiwa Isra' Mikraj.

Mengapakah kita umat Islam membiarkan segala khazanah ilmu diterokai oleh orang barat dan Yahudi... Marilah kita menyahut cabaran dan seruan wahyu pertama yang diturunkan kepada Rasulullah s.a.w. iaitu .. IQRA' kunci kejayaan dunia dan akhirat ..

Tuesday, January 26, 2010

an-nur 1- 2010

DISEBALIK HIJRAH RASULULLAH S.A.W ...


Awal Muharam 1431 H baru sahaja melewati seluruh umat Islam .Terdapat berbagai peristiwa yang kita lalui sepanjang tahun lepas . Jadikanlah setiap peristiwa dan peringatan Allah sebagai iktibar dan pengajaran untuk meningkat martabat TAQWA disisi ALLAH . Begitu juga Tahun Baru 2010 sahaja menjelma bersama dengan azam dan cita-cita yang baru. Sehingga saat ini umat Islam dan seluruh dunia telah melalui beberapa peristiwa yang berlaku pada hari Jumaat membuktikan kekuasaaan Allah yang mengatur perjalanan hidup manusia antaranya
- Maal Hijrah [ Awal Muharam]
Tahun Baru 2010
Gerhana Bulan pada malam Tahun Baru .
Gerhana matahari [15 / 1 / 2010]
Sidang redaksi An-Nur mengajak merenung sejenak peristiwa hijrah Rasulullah. Muharam merupakan bulan pertama dalam kalendar Islam (Hijrah). ia dapat memberi pengajaran yang besar buat renungan umat , iaitu penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w, dari Mekah ke Madinah.
Hijrah merupakan anugerah dan pertolongan dari Allah “Nasrun Minaallah” setelah 13 tahun Rasulullah dan para sahabat tekanan dari kafir Quraisy . Dalam sela masa itu ada sahabat yang terkorban dan disiksa semata-mata mempertahan iman mereka kepada Allah antaranya Sumaiyyah , bilal dan lain lagi .
Ia permulaan dakwah Islam disebarkan secara terbuka oleh nabi dan para sahabat. Ia peristiwa yang memaparkan betapa antara hidup dengan mati, Islam dipertahankan walaupun terpaksa berhijrah meninggalkan yang sebelumnya untuk menuju satu titik kejayaan. Nabi dan umat Islam meninggalkan Mekah yang penuh dengan ancaman puak kafir Quraisy, demi menyelamatkan agama.

Melalui peristiwa itu juga, Allah s.w.t memberitahu kepada umat Islam bahawa dakwah Islam bukanlah suatu hal yang mudah, malah menuntut pengorbanan yang tidak sedikit. Harta dan nyawa, menjadi pertaruhan yang besar bagi menguji keimanan umat Islam.
Sama-samalah kita mendidik jiwa untuk mendekatkan diri kepada Allah berdasarkan tafsiran ayat Al-quran Surah Mukminun 1- 11 iaitu :-
• Beriman kepada Allah dengan sebenar-benarnya.
• Solat dengan Khusyuk
• Menjauhkan diri daripada perbuatan dan percakapan lagha (sia-sia)
• Mengeluarkan zakat – zakat harta dan zakat fitrah.
• Menjaga kehormatan diri daripada melakukan maksiat dan zina.
• Menunaikan amana• Menjaga waktu solat –
-menunaikan solat dalam waktu
- menunaikannya diawal waktu.

Mereka yang mempunyai ciri-ciri inilah yang akan mewarisi syurga Firdaus.

Friday, January 22, 2010

AHLAN WA SAHLAN WARGA SMVA 2010/1431H


Pada 4 Jan 2010 sekolah beroperasi seperti biasa . Pelajar - pelajar senior tingkatan 5 begitu bersemangat untuk meneruskan pembelajaran . tahun ini amat penting bagi mereka kerana mereka akan menduduki peperiksaan SPM . Semoga semangat dan azam baru ini akan berterusan sepanjang tahun.

P & p berjalan mengikut jadual yang telah diedar semasa mesyuarat guru kali 1 . Pemantau JPN Perlis Ustaz Mohd Fadzil telah datang untuk melihat dan memantau perjalanan P& P pada hari pertama persekolahan .

Tahun 2010 telah mencatat sejarah lagi . SMT Arau telah bertukar nama kepada SM Vokasional Arau . Justeru itu , logo sekolah juga berubah wajah .

Sunday, November 29, 2009

Selamat menghadapi peperiksaan SPM



Peperiksaan spm telah bermula pada 18/11/09 . Nampaknya semua pelajar sudah bersedia untuk menghadapinya. Didoakan semoga dapat menjawab setiap subjek dengan baik dan cemerlang . Hadapilah dengan tabah dan tenang . Tingkatkan usaha ... dan setiap usaha itu hendaklah diiringi dengan doa dan tawakal kepada Allah .
Hari ini 24 / 11 / 09 peperiksaan kertas Pendidikan Islam (kertas 1 dan 2 ) .Semoga berjaya mendapat keputusan yang cemerlang pada 2010 nanti. Insyaallah ...Amin.

Wednesday, November 18, 2009

Majlis Redha Ilmu -Pelajar spm 09

pengerusi : ustaz Mohd Zain


bacaan Yaasin
bersalaman dengan guru

Peperiksaan Spm 09 akan muncul tidak lama lagi. Ianya menandakan tidak lama lagi berakhir sesi persekolahan tahun 2009 . sehubungan dengan itu , Panitia pendidikan Islam menganjurkan majlis ini pada 13 /10/09 .
Tujuan majlis ini diadakan untuk memberi kesedaran pelajar betapa pentingnya memohon redha guru diatas setiap ilmu yang dicurahkan disamping meminta kemaafan diatas keterlanjuran perkataan dan perbuatan yang menyinggung guru-guru.
Majlis ini dimulai dengan bacaan Yaasin oleh semua pelajar tingkatan 5 bersama guru-guru smt Arau, memohon hidayah daripada Allah S.W.T agar dimudahkan segala urusan . Penuh syahdu dan khusyuk bacaan Yaasin yang dipimpin oleh ustaz Mohd Zain. Pengetua En Ahmad bin Che Abdullah memberi amanat dan ucapan kepada pelajar supaya menghormati guru walau berada dimana dan memohon maaf kepada setiap guru . Akhir sekali pelajar berbaris bersalaman dengan guru-guru .

p/s renungan bersama :

ADAB-ADAB MENUNTUT ILMU

.1 IKHLAS NIAT – Kewajipan ke atas setiap muslim di dalam memastikan niat ketika menuntut ilmu ikhlas kerana Allah dan bukannya untuk mencari habuan dunia yang sementara kerana Rasulullah S.A.W pernah memberi amaran yang mana Allah akan menyediakan tempat di dalam neraka bagi mereka yang menuntut ilmu untuk kesenangan dunia semata-mata tanpa memikirkan maslahat Islam dan ummatnya

Maksud firman Allah dalam ayat 235 surah al-Baqarah :.........Dan ketahuilah bahawa Allah mengetahui apa yang tersemat dalam hatimu maka takutlah kepadaNya dan ketahuilah bahawa Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Ingatlah bahawa setiap orang akan binasa melainkan orang yang berilmu, setiap orang yang berilmu akan binasa melainkan orang yang beramal dan setiap orang yang beramal akan binasa melainkan orang yang benar-benar ikhlas.

2. TEKUN BERUSAHA DAN TAWAKKAL - Sentiasa bersungguh-sungguh dalam pembelajaran tanpa menurut keadaan dan masa dengan menghindari perasaan malas dan mudah jemu dengan buku pengajian.

3. MENJAUHI MAKSIAT – Kita mestilah menghidupkan budaya amar ma’ruf dan nahi munkar dalam diri dan suasana sekeliling mengikut kemampuan yang ada. Sesungguhnya ilmu itu adalah nur yang suci yang mana ia tidak dapat kita perolehi jika diri kita sentiasa disaluti dengan najis-najis dosa.

4. MEMILIH TEMAN YANG SOLEH - Pilihlah teman yang mampu membawa kita ke arah kebaikan dan cubalah hidupkan budaya nasihat menasihati antara satu sama lain .Loqman Al-Hakim pernah berpesan kepada anaknya supaya sentiasa bersama orang alim dan soleh serta menghadiri majlis ilmu kerana apabila Allah menurunkan keberkatan kita turut sama memperolehinya.

5. BANYAKKAN ZIKRULLAH – Pastikan kita sentiasa solat lima waktu secara berjemaah dan mengamalkan wirid serta doa selepas solat walaupun ringkas

6. MENJAGA KEHORMATAN-
Kita wajib menjaga kehormatan diri sendiri dan juga orang lain. Tutup segala ke'aiban diri dan orang lain kerana ia membawa kepada keredhaan Allah dan manusia lain kepada diri kita.

7. DOA DAN KEREDHAAN IBUBAPA-
Kita hendaklah sentiasa menjaga perasaan kedua ibubapa kita dan menghormati mereka dalam perkara yang tidak menyalahi syariat Islam. Sentiasa berhubung dengan mereka dan mengambil berat tentang keadaan keduanya serta mendoakan kebahagian mereka di dunia dan akhirat. Kita juga hendaklah sentiasa meminta agar mereka meredhai kita dan mendoakan kejayaan kita. Ingatlah bahawa keredhaan Allah bergantung kepada keredhaan ibubapa terhadap kita. Firman Allah dalam ayat 23 hingga 24 surah al-Isra' yang bermaksud : Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu tidak menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibubapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang daripada keduanya ataupun kedua-duanya telah lanjut usia mereka dalam jagaan kamu, maka jangan sekali-kali kamu mengherdik kepada keduanya dengan perkataan "uf" dan janganlah kamu menghertak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang baik. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kasih sayang dan ucaplah : " Wahai Tuhanku! kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka berdua telah mendidikku semasa kecil

8. MENGHORMATI GURU-
Kita juga wajib menghormati guru dan mematuhi segala arahannya selagi mana tidak menyalahi kehendak Islam. Kita mesti patuh kepadanya walaupun fikrah atau pendapat kita berbeza. Kita pernah mendengar bagaimana imam As-Syafi'e walaupun berijtihad bahawa qunut di dalam solat Subuh sunat ab'adh(kena sujud sahwi jika tidak melakukannya) tetapi dia tidak melakukannya apabila mendirikan solat itu berhampiran maqam gurunya imam Malik kerana menghormati gurunya. Bagaimana dengan kita? Sesungguhnya ulama' silam begitu menitik beratkan masalah keberkatan ilmu, sedangkan kita hari ini tidak lagi mengendahkan perkara ini. Ini menyebabkan timbulnya pelbagai masalah terutama keruntuhan akhlak di kalangan remaja. Guru janganlah dianggap sebagai guru di sekolah, universiti atau di tempat pengajian sahaja tetapi kita mestilah menganggap bahawa dia pengajar dan secara langsung sebagai pendidik yang mesti dihormati walaupun di mana berada. Oleh itu marilah kita sama-sama membina kembali keutuhan dan mahabbah antara guru dan pelajar agar ia mampu menyinarkan kembali suasana harmoni serta menghindari perkara negatif dalam kehidupan.

9. BERAMAL DENGAN SEGALA ILMU YANG DIPEROLEHI -
Kita mengamalkan segala ilmu yang dipelajari setakat mana yang termampu oleh kita. Ulama' silam sentiasa mengingatkan kita bahawa orang yang berilmu dan tidak beramal dengan ilmunya akan dihumban ke dalam api neraka lebih dahulu daripada penyembah berhala. Jadikanlah ilmu yang dipelajari sebagai benteng daripada terjerumus ke kancah maksiat dan jadikanlah juga ia sebagai senjata di dalam mematahkan serangan musuh Islam serta jadikankanlah ia sebagai ubat yang mujarab di dalam menyembuhkan penyakit jahil dan batil di dalam masyarakat. Jangan jadikan ia sebagai barangan jualan untuk mengejar kekayaan dunia yang sementara. Berapa ramaikah yang telah dihinakan oleh Allah kerana melacurkan ilmu semata-mata untuk mengaut kemewahan dunia.Inilah merupakan antara sebab atau punca yang menyebabkan umat Islam terus mundur.Berapa ramaikah mereka yang belajar tentang al-Quran dan Hadis tetapi mereka dilaknat oleh keduanya kerana tidak merealisasikan segala apa yang dipelajari.Oleh itu kita mestilah beringat dan berhati-hati mengenai perkara ini demi kebahagian kita di dunia yang sementara dan akhirat yang kekal selamanya. Begitu mudah untuk memberi nasihat dan tazkirah tetapi begitu sukar untuk mengota dan merealisasikannya dalam kehidupan. Tanpa usaha yang bersungguh- sungguh, kita tidak mampu melaksanakannya.Samalah kita sama-sama menghayati firman Allah dalam ayat 2 hingga 3 surah as-Sof yang bermaksud :Wahai orang-orang yang beriman! mengapa kamu mengatakan apa yang kamu tidak kotakan? Amat besar kebencian Allah di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa yang tidak kamu kotakan.

dipetik daripada :http// halaqah net




Sunday, November 8, 2009

- Kelebihan Bulan zulhijjah

wukuf di Arafah

Jabal Rahmah di Padang Arafah


Buletin An-Nur - bil 9(09) -Kelebihan Bulan Zulhijjah
10 Hari pertama

sebagaimana bulan yang lain di dalam Islam, bulan Zulhijjah juga mempunyai kelebihannya tersendiri yerutama 10 hari pertama . Ini dapat dibuktikan dari hadis Rasulullah S.A.W. yang bermaksud .

" Tiada satu hari pun , amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari sepuluh Zulhijjah . Oleh itu perbanyakkanlah pada hari tersebut tahlil( La ilaha illa Allah ) , takbir ( Allahu akbar ) , dan tahmid ( Alhamdulillah ) . "

Ibn Hibban pula meriwayatkan pula meriwayatkan bahawa Rasulullah S.a.w. bersabda yang bermaksud : " Seutama-utama hari ialah hari Arafah ,".

Antara Amalan yang digalakkan :
  • Menunaikan ibadah haji dan umrah - merupakan sebaik-baik amalan. Banyak hadis yang menyatakan kelebihan ibadah ini . Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :

" satu umrah ke satu umrah , menghapuskan dosa yang dilakukan diantara keduanya dan haji yang baik tiada baginya balasan melainkan syurga . "

2 . Berpuasa pada hari-hari tersebut terutama pada hari Arafah . Sabda Rasulullah bermaksud :" puasa pada hari arafah , Aku mengharapkan Allah akan menghapuskan dan dosa setahun yang lalu dan setahun yang mendatang .

3. Takbir (Allahu Akbar ) , berzikir dan berdoa . Firman Allah (bermaksud) :""Dan supaya mereka menyebut nama Allah pada beberapa hari termaklum .""

4. Bertaubat dan meninggalkan segala maksiat dan dosa , semoga amalan baik dapat mencapai keampunan dan rahmat allah . ini kerana maksiat adalah punca kepada jauh dan terhindarnya seorang hamba dari rahmat Allah manakala ketaatan pula adalah punca dekat dan kasihnya Allah kepadanya . di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA baginda (bermaksud) : " sesungguhnya Allah mencemburui (tidak suka) apabila seseorang hambaNya melakukan perkara yang ditegahnya ."

5. Memperbanyakkan amalan soleh (kebaikan ) terutama amalan-amalan tambahan seperti solat sunat , bersedekah , berjihad , membaca al-Quran dan sebagainya kerana setiap amalan digandakan pada hari-hari tersebut . Setiap amalan walapun kecil tetapi amat disukai oleh Allah SWT.

disunting oleh : ustazah Azizah bt Mat Isa

Kursus Pengurusan Jenazah